Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jual Kuih Raya Sampai Abai Keluarga, ‘Ending’ Iklan Raya TNB Buat Ramai Terharu!

Jual Kuih Raya Sampai Abai Keluarga, ‘Ending’ Iklan Raya TNB Buat Ramai Terharu!

Kategori:

Setiap tahun kita akan disajikan dengan pelbagai iklan sempena Hari Raya di mana ada yang berjaya membuat air mata berguguran, tak kurang juga ada iklan yang menghiburkan hati.

Salah satu iklan raya yang berjaya mencuri perhatian penonton adalah iklan raya dari TNB yang bukan sahaja menghiburkan tetapi turut memberi pengajaran berkenaan hal kekeluargaan dan disebalik ujian yang dihadapi ada hikmahnya yang tersendiri.

Masihkah anda ingat watak Aida daripada video TNB sebelum ini? Aida membuat kemunculan pertama dalam video Dugaan Raya Aida dari TNB pada tahun 2017 dan turut membut cameo dalam video Rumah Epik Fantastik 2018 dan Reality Not Virtual 2020.

Atas permintaan ramai, Aida kembali membuat kemunculan dalam Hikmah Raya Aida, kisah Aida sebagai seorang pengusaha biskut raya.

Dalam kisah sebelum ini, Sida terpisah daripada keluarga kerana bekerja di bandar. Namun kali ini, mereka sudah tinggal bersama sejak Aida menjadi pengusaha biskut, tapi dia sibuk bekerja sehingga tidak meluangkan masa bersama mereka.

Dek kerana pandemik yang melanda, bisnes kuih raya Aida jatuh mendadak sehingga terpaksa melepaskan semua pekerjanya dan menyebabkan bisnesnya jatuh merundum. Hal itu menyebabkan aida termenung panjang meratapi nasibnya.

Namun begitu, pandemik ini telah menyedarkan Aida bahawa dia bertuah kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga kerana sebelumnya dia sibuk bekerja sehingga mengabaikan mereka.

Oleh itu, hargailah keluarga anda selagi mereka masih ada dengan meluangkan masa bersama mereka. Tonton video penuh iklan raya TNB 2021 di bawah:

tags: