Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Aku Admit Memang Salah Aku..”, Lelaki Tuduh Rider Curi Air Starbucks Memohon Maaf Secara Terbuka!

“Aku Admit Memang Salah Aku..”, Lelaki Tuduh Rider Curi Air Starbucks Memohon Maaf Secara Terbuka!

Kategori:
Lelaki mohon maaf

Sejak semalam kejadian mengenai seorang lelaki yang telah menuduh rider Grabfood mencuri air Starbucks miliknya telah viral di media sosial. Lelaki yang dikenali dengan nama Ezrin Nazan ini merupakan seorang vlogger dan pekerja di syarikat Bateriku.com.

Hello @GrabMY kenapa rider curi air Starbucks? Order 3 tapi dapat 2 je. Kalau nak aku belanja air. Minta je la bukan cuti.

Dah report pun grab buat senyap je. Babi.

Ekoran kejadian itu ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut dan membangkitkan kemarahan netizen yang mempersoalkan tindakan lelaki ini yang mana sewenang-wenangnya membuat tuduhan.

Terkini, pemuda berkenaan telah membuat permohonan maaf secara terbuka di laman YouTube miliknya. Menerusi video yang berdurasi selama 12 minit 35 saat itu, dia akui memang salah dia kerana menuduh rider Grabfood, sedangkan kesilapan tersebut adalah salah faham dari pihak Starbucks, yang mana terlepas pandang ketika menyediakan pesanan berkenaan.

Pemuda yang berumur 32 ini juga turut memohon maaf kepada rider yang terkesan. Dia nyatakan, perkara ini memang silap pada diri dia sendiri kerana tweet seperti itu. Dia juga turut memaklumkan bahawa Grab akan membuat bayaran balik (refund).

tags: | | |