Bidang pekerjaan Food anda Beverage atau pun dipanggil F&B bukanlah satu bidang pekerjaan yang mudah. Pelbagai macam perkara yang dirasai oleh pekerja yang bekerja dalam bidang ini.
Bukan setakat bekerja di dapur dan menyediakan makanan kepada pelanggan sahaja namun ada juga yang terpaksa melayan karenah pelik pelanggan. Kita yang hadap anak-anak dekat rumah pun sudah penat, apatah lagi mereka yang bekerja dalam bidang ini.
Kerana faham akan perasaan mereka yang bekerja dalam bidang Food anda Beverage, lelaki yang dikenali dengan nama Dedaun menerusi aplikasi TikTok sempat menyelitkan wang berjumlah RM20 bawah pinggan setelah dia selesai makan.
Wang tersebut diselitkan adalah untuk diberikan kepada pekerja yang mengambil pinggan tersebut nanti. Disebabkan faham akan perasaan mereka yang penat berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan memandangkan lelaki ini sudah pernah bekerja dalam bidang yang sama selama 10 tahun.
“10 tahun kerja coffee house hotel. Penat usah cerita dengan hadap perangai customer yang macam-macam. Bertabah ya dik”, tulis lelaki ini di ruangan caption.
Menerusi video yang dikongsikan itu, dapat dilihat dengan jelas, lelaki ini menyelitkan wang bewarna oren di bawah pinggan bekas makanan yang sudah siap dimakan itu. Sempat juga menulis di ruangan video, ” Siapa yang pernah kerja F&B boleh faham”.
@bkqalid 10 tahun kerja coffee house hotel. Penat usah cerita dengan hadap perangai customer yang macam2. Bertabah ye dik
@de.daun10 tahun kerja coffee house hotel. Penat usah cerita dengan hadap perangai customer yang macam2. Bertabah ye dik
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton vidoe berkenaan. Ada yang meninggalkan komen menyatakan yang dia selalu bagi by hand.
Turut menyatakan faham kenapa muka pekerja makanan ini ketat dan marah-marah namun apabila di tanya khabar muka mereka akan berubah sebak.
“Saya selalu bagi by hand. Tau penat camne, kadang-kadang faham gak kenapa diaorang muka ketat, marah-marah. Tanya dah makan dan minum tak, sihat ke tak, auto muka diaorang sebak”, tulis monmonmon.
Menurut Eyy Mellow, dia juga bersetuju dan faham macam mana hadap pelanggan hari-hari. “Betul tu yang kerja f&b je yang faham camne hadap cust hari hari”.
Manakala menurut Shida pula, dia sempat bekerja hotel westin dan katanya dapat duit dollar. “dulu kje hotel westin sellu dpt duit dolar…best”.
Pastinya setiap orang memiliki kisah yang berbeza-beza. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini, terpaksa berhadapan dengan inflasi yang meningkat, pelanggan pun perangai pelik-pelik juga. Kadangkala sakit kepala apabila memikirkan keadaan tersebut. Boleh murung seharian.
Namun begitu tetaplah bersabar buat pekerja F&B di luar sana. Buat korang yang mempunyai wang yang lebih, mungkin ada baiknya korang ikuti contoh yang dikongsikan oleh lelaki ini. Tidak rugi sekiranya kita bersedekah namun rugilah jika kita tidak bersedekah. Semoga kita semua dimurahkan rezeki sentiasa.
Sumber: TikTok Dedaun