Siapa yang tidak kenal dengan Chef dari Turki yang sering tersenyum dalam setiap video memasaknya. Selain sering tersenyum manis Chef Burak Ozdemir ini juga sering memasak dalam hidangan yang besar atau banyak. Chef Burak ini dilahirkan pada 24 March,1994.
Beliau merupakan tukang masak dan memiliki 4 buah restoran terkenal termasuklah sebuah restoran di Dubai. Orang dari negara selain Turki mula mengenali beliau sejak video memasak kebab dengan hidangan besar viral di Instagram. Kini Chef Burak ini memiliki lebih dari 20 juta pengikut.
Apa yang membuatkan orang ramai tertarik dengan Chef Burak ini adalah kerana sering memandang kamera dan tersenyum, walaupun sering memandang ke arah kamera, chef tampan asal Turki ini tidak pernah melakukan kesalahan dalam memasak.
Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui fakta mengejutkan mengenai kehidupan Chef Burak ini kerana beliau asyik berkongsi video masakan sahaja. Jadi apa kata kita pergi lebih lanjut, bagi mengetahui 10 fakta menarik dan mengejutkan tentang beliau.
Baca juga: Syarikat Ramly Burger Jualannya Mencapai Berbillion Ringgit, Siapa Pemiliknya?