Seperti yang diketahui ramai, roti Gardenia merupakan jenama roti pilihan nombor satu rakyat Malaysia. Ramai dalam kalangan kita yang sangat menggemari roti jenama Gardenia ini.
Terbaharu, kenaikan harga roti Gardenia bermula 1 September ini giat diperbincangkan sejak semalam. Ramai yang tidak berpuas hati dan tertanya-tanya kenapa roti keluaran Gardenia ini dinaikan harga memandangkan mereka baru sahaja menaikan harga pada Disember yang lepas.
Semalam, ketua pegawai eksekutif Gardenia KL, Koh Chin Huat dilapor mengesahkan kenaikan harga itu bermula 1 Sept setelah senarai perubahan harga 53 produk Gardenia tular di media sosial hujung minggu lalu.
Koh Chin Huat, Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia KL semalam telah mengesahkan kenaikan harga roti tersebut bermula 1 September ini setelah senarai perubahan harga 53 produk tersebut tular di media sosial baru-baru ini.
Perubahan harga tersebut membabitkan Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3. Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4. Grdenia Toast’em daripada RM5 kepada RM5.50. Gardenia Twiggies daripada RM1.80 kepada RM2. Gardenia Waffles daripada RM1.40 kepada RM1.50 dan Roti Krim Gardenia daripada RM1 kepada RM1.10.
Kenaikan harga roti yang kedua dalam masa sepuluh bulan ini didorong oleh beberapa faktor iaitu banjir yang melanda Shah Alam pada Disember 2021, pelaksanaan gaji minuman RM1500 serta krisis rantaian makanan global.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Gardenia KL semalam. Mereka berkata cabaran yang dihadapi memberikan kesan yang besar kepada kos syarikat.
“Dalam beberapa bulan ini, Gardenia KL telah terkesan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti tepung berprotein tinggi (sebanyak 25 peratus). Serbuk putih telur (lebih daripada 100 peratus), tepung gandum, gluten, susu skim dan bahan-bahan pembungkusan roti.
“Selain daripada faktor-faktor di luar kawalan ini, pelaksanaan gaji minimum yang wajib dipatuhi oleh majikan serta banjir melanda kawasan Shah Alam pada Disember 2021 turut memberi kesan kepada kos operasi Gardenia KL,”
Walaubagaimanapun, mereka akan mengekalkan harga roti Gardenia Bonanza Keluarga pada RM2.75 sebuku. Memandangkan harga tersebut adalah harga mampu milik untuk roti putih 500 gram.
“Roti Bonanza Keluarga Gardenia ini adalah lebih menjimatkan dan sesuai untuk keluarga yang lebih besar. Sebagai perbandingan untuk setiap 100g, roti Gardenia Bonanza Keluarga (RM0.55) adalah lebih murah berbanding roti Gardenia Original Classic (RM0.75)” – Gardenia KL
Seperti sebelum ini juga, Gardenia akan kekal komited untuk membekalkan roti segar sepanjang hari dan minggu kepada pelanggan tidak kira cuaca.
“Kami kekal komited kepada semua pelanggan kami untuk membekalkan roti segar 365 hari setahun, 7 hari seminggu, tanpa mengira hujan atau panas.”
So, mereka bukan saja-saja nak menaikan harga roti. Pasti ada sebabnya tersendiri demi kebaikan syarikat dan mereka yang terlibat dalam pengeluaran roti Gardenia ini.
Kredit: Malaysia Kini