Tak kira dalam cuaca sejuk sekalipun, tak boleh kata ‘tidak’ untuk aiskrim! Alang-alang dah sebut aiskrim ni, pasti ramai yang menggemari aiskrim Sofuto dari Family Mart kan? Sofuto mereka tidak pernah mengecewakan. Kali ini mereka kembali lagi dengan perasa baharu, Sofuto Caramel Dalgona yang dijamin bakal memikat hati anda!
Ingat lagi tak resepi dalgona coffee yang viral semasa PKP lepas? Haa, perisa baharu Sofuto Caramel Dalgona ini diilhamkan oleh dalgona coffee. Cuba bayangkan, dalgona coffee dalam bentuk aiskrim. Peminat kopi pasti suka Sofuto baharu ini sebab ianya manis dan berkrim. Sofuto baharu ini juga datang Bersama topping taburan caramel yang lazat!
Tidak dinafikan, Sofuto perisa Matcha dan Belgian Dark Chocolate masih lagi menjadi pilihan dan kegemaran ramai. Sebelum ini, Family Mart juga pernah mengeluarkan Sofuto perisa Basque Burnt Cheesecake, Strawberry dan Creme Brulee Sofuto tapi hanya pada masa yang terhad.
Begitu juga dengan Sofuto Caramel Dalgona ini, ia hanya boleh didapati dalam masa yang terhad. Jadi jangan sampai terlepas peluang anda tau!
Baca juga: Daftar Sebulan Awal Untuk Tebus ‘1 Set 2pcs Kombo’ KFC PERCUMA Sempena Birthday Anda!