Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Floating Market Melaka Cetus Debat Netizen, Ramai Kata Sudah Luput Dari Masyarakat & Lokasi Tidak Strategik

Floating Market Melaka Cetus Debat Netizen, Ramai Kata Sudah Luput Dari Masyarakat & Lokasi Tidak Strategik

Kategori:
Floating Market Melaka

Seperti yang kita tahu, negeri Melaka merupakan antara negeri yang menjadi tarikan pelancong tidak kira pelancong dari luar atau dalam negara di Malaysia.

Tarikan tempat bersejarah dan juga budaya makanannya yang unik manjadi antara faktor tarikan yang membuatkan

Terbaharu, sebuah isu berkenaan dengan tempat pelancongan negeri Melaka menjadi perdebatan di antara netizen tentang pembukaan pasar terapung atau ‘floating market’ di negeri berkenaan.

Floating Market Melaka Cetus Debat Netizen, Ramai Kata Sudah Luput Dari Masyarakat & Lokasi Tidak StrategikFloating Market Melaka

Floating market yang menyerupai jualan yang diadakan di beberapa negara jiran itu menampilkan kelainan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sungai dan Pantai, Datuk Tpr Murad Husin menyatakan mereka mmenumpukan produk tempatan (Melaka) sebagai jualan di pasar berkenaan.

Selain itu juga, beliau menyatakan produk-produk yang dijual bukan sahaja boleh dibeli melalui darat, malahan pengunjung yang menaiki cruise turut diberi peluang untuk membeli melalui floating market tersebut.

Namun begitu, netizen berpendapat Floating Market Melaka berkenaan tidak mampu bertahan lama. Katanya dengan banyak pertumbuhan pusat membeli belah dan pasar raya, masyarakat lebih memilih untuk membeli barangan di pasar raya. Floating Market Melaka

Katanya, pasar terapung merupakan satu perkara yang sudah luput dari masyarakat berbanding di negara Thailand yang diusahakan sendiri oleh rakyat bawahan.

“Aku taruh ia takkan tahan lama. Budaya pasar terapung ini sudah luput dari masyarakat kita. Dulu kita pernah ada, tapi semuanya ditelan dek masa. Kita mahu beli-belah di Giant, Carre Four, Tesco, sekarang di Jaya Grocer dan Hero.

“Di Thailand, pasar terapung laris kerana ia datang dari rakyat, ia tumbuh daripada rakyat. Bawah ke atas.

“Pasar terapung kita ini pula hanya suatu kitsch, salinan dari luar yang dibuat sifar jiwa, bukan organik, dipaksa-paksa. Mungkin ada seorang anak Dato yang balik dari Thailand dan teruja dengan apa yang dilihatnya, lalu mahu meniru tanpa mengambil faktor budaya, sosial, ekonomi kawasan kita,” katanya.Floating Market Melaka

Sumber: Joe Senjakala

Baca juga: “Harga Macam Sedekah..”, Pakcik Tua Jual Nasi Dalam Kereta Dengan Pilihan 25 Jenis Lauk Buat Netizen Sebak, Tak Sangka Suruh Bayar Dengan Harga Begitu

tags: | |