Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » ‘Food Rider’ Wajib Jalani Ujian Saringan Covid-19

‘Food Rider’ Wajib Jalani Ujian Saringan Covid-19

Kategori:

KUALA LUMPUR- Kerajaan mewajibkan semua penghantar makanan melalui ujian saringan kesihatan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata. Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan arahan tersebut kepada semua 41 syarikat e-hailing yang sedang beroperasi manakala bagi restoran makanan segera, arahan yang sama akan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Bagi kawasan luar bandar atau bandar kecil yang tidak mendapat perkhidmatan 41 syarikat e-hailing tersebut, pengusaha makanan boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran syarikat lain atau individu.

Bagaimanapun, penghantar makanan tersebut perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wajib menjalani ujian saringan kesihatan di klinik kerajaan atau swasta berdekatan.

“Syarat-syarat yang dikenakan ini adalah bagi memastikan keselamatan semua pihak termasuk pelanggan.

“Ingin ditegaskan sekali lagi, pembukaan gerai-gerai atau bazar Ramadan secara berkelompok adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh PKP,” katanya semasa sidang media hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak menguatkuasakan perintah wajib pemakaian penutup hidung dan mulut kepada individu yang tidak bergejala.

Dengan itu, beliau menasihatkan semua pihak untuk tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau pelanggan yang sihat tetapi tidak memakai penutup hidung dan mulut.- MalaysiaGazette

Sumber rujukan : Malaysiagazette.com

tags: