Orang kata air tangan ibu dan isteri ini sangat sedap. Pergi mana-mana pun tetap tak boleh tandingi masakan mereka. Kemahiran memasak ini bukan semua orang ada dan ada juga yang tak minat memasak. Tetapi apa pun sebagai wanita kita perlu belajar memasak.
Belajar memasak itu perlu kerana menyediakan masakan untuk suami adalah tugas seorang isteri. Daripada masakan inilah, kita dapat doakan yang baik-baik untuk suami dan anak-anak.
Jadi kalau tak pandai masak. Boleh belajar. Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang gadis di laman Twitter ini. Wanita yang dikenali dengan Sitijamil92 menerusi akaun Twitternya berkongsi kisah di mana pada bulan 3 yang lepas, bakal suaminya belikan barang dapur. Tujuan tersebut adalah untuk gadis ini belajar masak. Menurut bakal suaminya, kalau tak pandai masak tak apa janji rajin.
https://twitter.com/ctjamil92/status/1339060342064783367?s=20
Katanya sedap. Tapi pedas sikit. Haris ni tak makan pedas. I pulak suka pedas. Haris kata kene komen jujur baru i improve skill memasak. So alhamdullilah sedap. Walaupun gaya kelaut hihihi❤️ pic.twitter.com/84w4h61dWa
— Sitijamil92 (@ctjamil92) December 16, 2020
Disebabkan mendapatkan respon yang positif daripada bakal suami membuatkan dia semakin bersemangat untuk memasak.
2) Menu kedua
Ayam masak kicap
Cendawan celup tepungRupanya seronok memasak ni bila orang yang makan sangat berselera. Hilang penat memasak❤️ pic.twitter.com/CliVhKEEty
— Sitijamil92 (@ctjamil92) December 16, 2020
Haris komen Sedap katanya. Alhamdullilah. Pagi-pagi call mak tanya resepi hehe❤️ pic.twitter.com/CeKDI3FHPl
— Sitijamil92 (@ctjamil92) December 16, 2020
Jadi buat gadis-gadis di luar sana, kalau korang tak pandai masak jangan malu dan jangan segan. Yang penting belajar dan jangan mudah berputus asa. Nak pikat suami atau bakal suami senang je. Pikat perut dia dulu. Hehe!
Sumber: Twitter Sitijamil92