Umum mengetahui bahawa baru-baru ini McDonalds sudah keluarkan kembali menu Ayam Goreng McD 3X Spicy. Baru sahaja dikeluarkan, peminat McD lebih-lebih lagi peminat makanan pedas menyerbu cawangan McDonalds yang berdekatan dengan mereka.
Ada yang cakap ayam 3x spicy yang dikeluarkan kembali ini tidak sepedas seperti kali pertama ia dikeluarkan. Namun lain pula yang terjadi kepada gadis yang dikenali dengan nama Siti Amalina ini.
Di mana dia berhadapan dengan detik cemas kerana mengalami sakit perut yang teruk setelah memakan satu ketul ayam McD berkenaan.
https://twitter.com/ctyamalina/status/1459801336329871374?s=20
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi Twitter, Siti Amalina terpaksa memandu sendirian ke sebuah hospital di Shah Alam. Namun terpaksa menunggu terlalu lama dan mengambil keputusan untuk ke pusat perubatan.
Ekoran dari kesakitan yang dia hadapi itu, dia menerima tiga suntikan bagi mengurangkan refluks asid dalam perut. Walaupun begitu, dia tetap mengalami kesakitan dan diminta untuk berehat selama hampir empat jam di wad.
Akui Amalina lagi dia tidak akan makan ayam Mcd ini lagi. Walaupun dia adalah seorang peminat tegar makanan pedas namun kali ini dia tewas. Disebabkan dia telah dimasukkan ke wad kerana makan makanan yang pedas, kini dia terpaksa mengurangkan makan makanan sebegitu,
Perkongsian yang mendapat ribuan like itu juga telah mendapat pelbagai komen dari warganet yang mana turut berkongsi cerita atau pun kejadian yang hampir sama berlaku kepada mereka. Dalam masa yang sama ada juga yang sempat menasihati gadis ini agar lebih berhati-hati dalam soal pemakanan.
Sumber: Siti Amalina
Baca juga: Resepi Bubur Ayam Ala MCD Versi ‘Baby’ Yang Cukup Mudah. Tiada Gula, Garam Dan Msg!