Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gara-Gara Malu Cik Tunang Ada Saat Makan, Gadis Makan Nasi Dengan Sayur Kangkung Sahaja

Gara-Gara Malu Cik Tunang Ada Saat Makan, Gadis Makan Nasi Dengan Sayur Kangkung Sahaja

Kategori:
makan nasi dengan sayur sahaja

Pasti ramai dalam kalangan anda yang malu-malu apabila berhadapan dengan bakal suami atau cik tunang kan. Lebih-lebih lagi bagi yang kenal melalui perantaraan kawan-kawan atau ahli keluarga. Kalau tiba-tiba perlu berada di meja makan sekali pasti merah padam muka. Tiba-tiba rasa kenyang semacam je. Padahal perut dah berbunyi.

Seperti mana yang dikongsikan oleh Hyeeliena menerusi aplikasi TikTok. Berkenaan dengan dirinya yang mengalami situasi yang membuatkan dirinya tidak berselera untuk makan. Malah saat itu, dia hanya makan nasi bersama dengan sayur kangkung. Dek kerana malu, lauk pun tak bersentuh.

Hanya nasi dan sayur kangkung yang kelihatan

Menerusi video yang dikongsikan itu, jelas kelihatan tiada lauk pauk lain di dalam pinggannya. Hanya sekadar nasi dan sayur kangkung yang kelihatan. Bukan sahaja gadis ini kelihatan malu-malu malah si lelaki yang duduk berdekatan dengan meja makan itu pun turut kelihatan menunduk malu.

Memang tidak dapat diceritakan bagaimana perasaan malu tersebut melainkan anda sendiri pernah melaluinya. Namun melihat kepada situasi berkenaan ia membuatkan kita senyum sendiri.

@queen_liena2♬ original sound – Hyeeliena

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok senyum sendiri melihat video berkenaan. Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen mengatakan comel dan habis bersemut telefon mereka.

Baru betul cinta halal..

Dalam masa yang sama ada juga warga TikTok yang seakan-akan memahami situasi Hyeeliena ini yang malu apabila duduk semeja dengan cik tunang.

Akak faham perasaan tu..

Bagi sesiapa yang pernah melalui atau berhadapan dengan situasi ini pasti memahami perasaan gadis ini bukan. Memang dah boleh bayangkan macam mana rasa tu boleh hilang dan secara tiba-tiba tiada selera makan. Walaupun begitu, inilah yang elok sebenarnya berbanding dengan tidak tahu malu, belum sah tapi dah suap menyuap bagai. Didoakan semoga urusan untuk kemudiannya dipermudahkan.

Kredit: TikTok Hyeeliena

Baca juga: Geram Dengan Tindakan Individu Yang Selamba Merokok Di Kedai Makan, Perkara Itu Boleh Menjejaskan Pelanggan Lain

tags: |