Bila dah tiba musim raya aidilfitri ini, ramai anak perantau yang tidak sabar pulang ke kampung. Mereka tidak sabar untuk merasai segala bermacam jenis makanan yang jarang ditemui. Seperti sambal goreng pengantin, rendang, ketupat dan banyak lagi.
Sama juga dengan kisah gadis ini apabila beliau menangis kerana neneknya hidangkan sambal goreng pengantin kepada para tetamu yang hadir. Sedangkan hidangan itu hanya dijumpai setahun sekali sahaja.
Gadis ini yang bernama prplpuff hanya mampu tersenyum sambil menangis di dalam bilik kerana beliau kempunan dengan sambal goreng pengantin. Beliau menangis kerana, sambal goreng pengantin itu hanya ditemui ketika raya aidilfitri sahaja.
Mungkin beliau sudah lama mengidam akan sambal goreng pengantin ini tapi apakan daya. Kita harus dahulukan tetamu dahulu.
Ada kalangan netizen mungkin tidak tahu apa itu sambal goreng pengantin. Katanya hidangan ini berasal dari negara seberang iaitu Singapura. Hidangan ini biasanya akan dihidangkan di hari raya atau majlis kenduri dan sangat popular di negeri Johor dan Singapura.
Maka, wajarlah beliau menangis kerana sungguh ‘rare’ untuk dapatkan sambal goreng pengantin ini. Bukan biasa-biasa rupanya.
@prplpuff i am very passionate about this and so heartbroken lmfao not even exaggerating
@prplpuffi am very passionate about this and so heartbroken lmfao not even exaggerating
Menerusi di ruangan komen, ramai yang satu pendapat dengan gadis ini kerana boleh merana jiwa jika tidak dapat penuhi rasa ‘craving’.
Kesimpulannya, bangun pagi raya awal-awal untuk sorokkan hidangan yang kita gemari. Supaya tidak meruntun jiwa kita nanti.
Kredit: prplpuff