Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gadis Mukbang Temui Ajal Akibat Berlebihan Makan, Ada Kecederaan Teruk Pada Usus

Gadis Mukbang Temui Ajal Akibat Berlebihan Makan, Ada Kecederaan Teruk Pada Usus

Kategori: ,
Xioting

Mukbang atau meokbang (dalam bahasa korea) adalah suatu siaran langsung dalam talian di mana pengacara memakan makanan pelbagai jenis sambil berinteraksi dengan para penonton.

Satu berita terbaharu yang menyedihkan berkenaan industri ini, seorang bekas pelayan restoran maut akibat makan berlebihhan selepas melakukan penstriman langsung mukbang atau dalam bahasa Korea iaitu mengamalkan pemakanan dalam kuantiti yang banyak.

Gadis Mukbang Temui Ajal Akibat Berlebihan Makan, Ada Kecederaan Teruk Pada Usus

Pan Xiaoting, 24 yang menjadikan kerjaya sebagai ‘mukbanger profesional’ sejak tahun 2020 dilaporkan maut di hospital akibat makan berlebihan.

Bedah siasat oleh doktor menunjukkan perutnya dipenuhi makanan tidak dihadamkan dengan sempurna dan terdapat kecederaan teruk pada ususnya.

Menurut Oditty Central, Xioting mencebur diri dalam mukbang selepas menonton YouTube yang menampilkan pempengaruh menunjukkan mereka memakan makanan dalam kuantiti banyak.

Malah, hasil penstriman lansung itu mereka berjaya menjana pendapatan yang tinggi hasil aktiviti mukbang tersebut.

Jadi, bekas pelayan itu mengambil keputusan berhenti kerja dan telah menyewa sebuah bilik dengan menjadikannya sebagai studio aktivitinya itu.

Pada mulanya, ibu-bapanya tidak bersetuju dengan tindakan diambil anak mereka dan kemudian mereka terpaksa mengakui kehendak Xiaoting itu.

Pada mulanya, pengikut Xiaoting tidak ramai, namun lama kelamaaan dia bertindak menambah jumlah makanan dan cabaran lain semasa penstriman langsung menyebabkan pengikutnya semakin bertambah.

Semasa melakukan mukbang, berat Xiaoting dikatakan mencecah 300 kilogram dan dia pernah dimasukkan ke hospital selepas mengalami pendarahan dalam perut akibat makan terlampau banyak.

Bagaimanapun, nasibnya kali ini tidak menyebelahinya selepas aktiviti mukbang menyebabkan dia menemui ajal.

Sumber: Agensi

Baca juga: Pelanggan Kesal Harga 3 Pinggan Nasi Campur Jumlah RM156, Soal Tindakan Peniaga Cekik Darah

tags: |