Kegigihan seorang gadis OKU bernama Jaheerah Nadzri, 29, atau lebih dikenali sebagai Eerah Burger mendapat perhatian ramai sekali lagi. Ini kerana, kesungguhan beliau mencari rezeki ditambah lagi pada bulan Ramadan sememangnya membuka mata orang ramai.
Jika pada hari biasa dia menjual burger jalanan sahaja, dia ada menambah menu lain pada bulan puasa ini untuk berniaga.
Terbaharu, dia menambah jualannya dengan menjual Puding Karamel dan Roti John untuk mencari rezeki lebih.
Video jualan yang dikongsikan di laman TikTok Eerah Burger itu mendapat sokongan orang ramai apabila rata-rata memberi pujian dan dorongan untuk sama-sama membantu Eerah dalam berniaga.
Bukan senang untuk konsisten dalam kesungguhan mencari rezeki dengan keadaannya yang sebegitu. Tetapi, dia telah membuktikan bahawa peribahasa ‘hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’ mencirikan perihal dirinya yang tabah mencari rezeki.
@jaheerahnadzri94 Mai singgah di gerai burger ❤️ #viral #tiktok #fyp #eerahburger
@jaheerahnadzri94 Mai singgah di gerai burger ❤️ #viral #tiktok #fyp #eerahburger ♬ Buah Hati – Armada
Melihat komen netizen, ramai yang meninggalkan kata-kata dan nasihat yang positif.
“Cemburu tengok Eerah ni. Walau orang cakap aku pandai masak, tapi Eerah ni jauh lebig tinggi level dari aku”, komen seorang netizen dengan nama P.Khai memberi kata-kata semangat kepada Eerah Burger.
“RM2.50 besar tu. Bagi saya murah dan berbaloi sangat-sangat. Ya Allah semoga dilimpahkan rezeki selalu”, tuliss Izzarul Irsyad di ruangan komen video Eerah Burger.
“Dari mula mama kenal Eerah, mama nampak Eerah ni seorang yang rajin, tak pernah putus asa. Semoga murah rezeki ya,” kata netizen dengan nama Mamarock
Dan sebagai masyarakat prihatin, dalam bulan yang mulia ini, membeli sambil membantu golongan yang memerlukan sememangnya hal yang dianjur untuk semua orang. Semoga dipermudahkan urusan buat semuanya.
Sumber: Eerah Nadzri Rawa