Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » ‘Setup Biasa Tapi Jualan Meroket’ – Netizen Kagum Gadis Orang Asli Ini Raih RM1 Juta Dalam Seminggu

‘Setup Biasa Tapi Jualan Meroket’ – Netizen Kagum Gadis Orang Asli Ini Raih RM1 Juta Dalam Seminggu

Kategori: ,
jungle girl

Nama Jungle Girl bukan asing lagi di dalam media sosial apabila produknya mendapat sambutan di dalam masyarakat tempaatan.

Menggunakan akaun @JungleGirl di TikTok, sosok bernama Nur Rafidah Man, 26, gadis Orang Asli dari Suku Jahut ini dikatakan berani mengambil keputusan menjalani bengkel multimedia dan perniagaan digital anjuran pendidikan khas intergrasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kualau Karau dan kini mampu memiliki jumlah pengikut kira-kira 61,000 orang.

Baru-baru ini, seorang penggunaa X @faezcitizen telah berkongsi jumlah pendapatan yang berjaya diraih oleh figura wanita tersebut di mana mencecah jutaan ringgit menerusi penjualan produk  minyak herba hasil buatannya sendiri.

‘Setup Biasa Tapi Jualan Meroket’ – Netizen Kagum Gadis Orang Asli Ini Raih RM1 Juta Dalam Seminggu jungle girl

Di dalam gambar dikongsikan, Jungle Girl mampu menjana pendapatan berjumlah RM1.02 juta dengan sebanyak 29.72K barangan jualan menerusi platform TikTok.

Lebih mengejutkan lagi, pendapatan jutaan ringgit ini dicapai dalam masa seminggu sahaja.

jungle girl

Susulan perkongsian itu, orang ramai meluahkan rasa kagum dengan pencapaian jungle girl yang mampu menjana jutaan ringgit belakangan bilik kosong sahaja.

Minyak 1001 Khasiat Jungle Girl

Selain meluahkan keterujaan, pelanggan yang sudah mencuba  produknya yang bernama Minyak 1001 khasiat Jungle Girl mendedahkan ia sememangnya mujarab untuk melegakan pelbagai penyakit seperti kelesuan, pening kepala dan sebagainya. jungle girl

jungle girl

Malah, ramai juga bersetuju jika kalau wanita ini mempunyai karakter yang peramah dan ikhlas sewaktu membuat live sekaligus menarik minat orang untuk menontonnya.

Kami dapati hasil pendapatan itu boleh dicapai dek kerana ramai orang yang menjadi affliate sekaligus merancakkan penjualan dengan lebih meluas. Perkara ini terbukti selepas pengguna TikTok terutamanya boleh mendapati sejumlah live yang mempromosikan minyak herba keluaran Jungle Girl.

Sumber: Faezco

Baca juga: Petua Buat Sotong Lama Jadi Gebu Dan Kenyal, Lepas Masak Pun Sotong Tak Kecut!

tags: