Setiap orang pastinya mempunyai nasib yang berbeza-beza. Ada yang terpaksa menghadapi kesusahan sepanjang hidup dan ada juga yang diberikan rezeki yang melimpah ruah. Jadi sebagai masyarakat yang berkemampuan adalah perlu untuk membantu mereka yang dihimpit kesusahan.
Seperti mana video yang dikongsi oleh seorang gadis yang bernama Fatehah ini. Video yang dimuat naik menerusi TikTok itu berkenaan dengan dia memberikan makanan kepada orang susah telah mendapat perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila dia menyantuni seorang pakcik yang kurang berkemampuan.
Sebelum ini, pakcik tersebut sering dilihat menyelongkar tong sampah demi mengalas perut. Oleh itu, Fatehah terdetik untuk membantu pakcik ini. Dia lantas bertanya, ‘Pak Cik dah makan?’. Pakcik tadi menjawab, belum. Kemudian Fatehah beredar dan datang kembali kepada pakcik ini lalu menghulurkan sebungkus nasi.
@rosnalleytiada yang seberuntung dirimu , tapi rasa bersyukur nya melebihimu ✨☺️ #fpy #foryoupage
https://www.tiktok.com/@rosnalley/video/6929468166728895745?sender_device=pc&sender_web_id=6930032234675176961&is_from_webapp=v2&is_copy_url=0
Sememangnya gadis yang berasal dari Tawau ini tidak lokek memberikan makanan kepada orang lain juga. Di dalam video lain kelihatan dia memberikan makanan kepada seorang makcik dan anaknya.
Tetapi Fatehah berasa sedih apabila mak cik tersebut tiba-tiba sudah tidak dapat dikesan lagi dan tidak dapat memberi makanan kepada mereka. Tidak berakhir disitu, gadis pemurah ini turut membawakan makanan percuma kepada gelandangan yang dijumpainya.
@rosnalleyBukan aku yang baik hanya saja Allah telah menutupi aib ku 🤲🏻✨#fpy #foryoupage♬ bunyi asal – fatehah
https://www.tiktok.com/@rosnalley/video/6929501962664676609?sender_device=pc&sender_web_id=6930032234675176961&is_from_webapp=v2&is_copy_url=0
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebaikan yang dilakukan oleh gadis cantik ini. Mereka malah mengatakan bahawa dia merupakan jelmaan Ustaz Ebit Lew yangs entiasa menolong orang dalam kesusahan.