Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gadis Tengah Sedap Minum Starbucks Tiba-Tiba Rasa Sesuatu Yang ‘Rangup’, Rupa-Rupanya Anak Lipas

Gadis Tengah Sedap Minum Starbucks Tiba-Tiba Rasa Sesuatu Yang ‘Rangup’, Rupa-Rupanya Anak Lipas

Kategori:
minum Starbucks

Starbucks merupakan antara minuman kegilaan remaja dan muda mudi masa kini. Jika dahulu, minuman ini hanya untuk golongan kaya raya sahaja namun tidak sekarang. Ramai golongan remaja dan budak sekolah sudah melepak bersama-sama kawan di restoran ini.

Hari demi hari, ramai yang mula mengenali minuman yang boleh dikatakan agak mahal ini. Setanding dengan harga, rasanya sangatlah sedap. Malah disebabkan servis yang diberikan juga sangat baik, ramai yang gemar mengunjungi Starbucks.

Jarang sekali kedengaran kisah-kisah pelik berkenaan dengan minuman atau pun restoran rangkaian terbesar di dunia ini. Memilik beratus-ratus cawangan di Malaysia, ramai yang menjadikannya pilihan utama.

Berkenaan minuman Starbucks ini, baru-baru ini ada seorang gadis di aplikasi TikTok sempat berkongsi sebuah video berkenaan dengan minuman popular ini. Air yang dibeli oleh Dilawardah yang berharga RM48.75 itu ditemui sesuatu yang agak menjijikan.

Tengah Sedap Minum Starbucks Tiba-Tiba Temui Anak Lipas, Ingatkan Choc Chip

Tengah asyik minum sehinggalah ke sedutan terakhir, Dila tiba-tiba perasan di dalam minum tersebut terdapat anak lipas. Menurut Dila, pada mulanya minuman tersebut sangat sedap namun tiba-tiba dia merasai sesuatu yang rangup. Apabila dilihat ianya adalah anak lipas.

Malah menerusi video tersebut dapat dilihat anak lipas yang telah hancur di atas tangan Dila ini. Sempat bertanya kepada Starbucks, servis apakah yang diberi ini.

https://www.tiktok.com/@dilawardah_/video/7109745052414496026?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7029156571620214274

@dilawardah_ Benda dah habis weh baru perasan 🤮 #fypシ #starbucksdrinks #lowservice ♬ Cornfield Chase – Dorian Marko

Entah-entah lipas dalam kereta..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TiKTok yang menonton video berkenaan. Ada yang meninggalkan komen menyatakan entah-entah lipas dalam kereta yang masuk ke dalam minuman tersebut.

Ada juga warga TikTok yang berasa takut kerana katanya dia selalu memesan minuman tersebut. Dalam masa yang sama ada juga yang menulis, meminta gadis ini berhati-hati.

Tapi i pernah kena minum air dalam kereta then letak sekejap kat tempat air tu tiba-tiba..

Tidak kurang juga ada yang sempat berkongsi pengalaman yang seakan sama apabila dia minum air dalam kereta dan letak sekejap di bahagian tempat air. Namun tiba-tiba ada lipas di straw, rupa-rupanya anak lipas dalam kereta.

Di samping itu, ada juga yang menulis, siapa yang menjadi barista je tahu betapa bersihnya Starbucks, sangat jaga kebersihan.

Mungkin ya apa yang dikomen oleh segelintir warganet yang mengatakan lipas tersebut sememangnya sudah berada di dalam kereta memandangkan kita semua sedia maklum bahawa Starbucks atau pun barista mereka sangat menjaga kebersihan. Walau apa pun, tetaplah bersangka baik.

Buat gadis tersebut, semoga tiada apa-apa masalah ye. Sihat-sihat sahaja dan jangan pernah berhenti minum Starbucks. Minuman yang mahal namun sangat enak!

Sumber: TikTok Dilawardah

Baca juga: Bukan Penggemar Kopi Tapi Nak Minum Starbucks? Ini ‘Air Nelly’ Yang Korang Boleh Cuba!

tags: | |