Sudah banyak kali kita mendengar perkara yang ‘pelik’ berlaku setiap kali makan makanan yang dibeli atau makan di kedai. Salah satunya adalah seperti yang berlaku pada seorang gadis ini.
Menerusi satu video yang telah tular di TikTok, Adrina berkongsi kisah malang ketika sedang menikmati nasi kandar yang ditapau di rumahnya. Namun, dia terus jadi kembang tekak apabila menemui sebentuk cincin berwarna silver dalam nasi kandar tersebut!
Disebabkan perkara itu, dia merasa kembang tekak sekaligus berhenti menikmati hidangan tersebut. Memang spoil mood betul orang kata! Namun, Adrina tetap mahu mengembalikan cincin berkenaan kerana bimbang cincin tersebut berharga buat pemiliknya.
https://www.tiktok.com/@_riririnaaa/video/6924527580758510850?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6924527580758510850&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Video itu sekaligus tular dan telah meraih lebih 155 ribu tontonan. Netizen turut tidak ketinggalan meninggalkan komen yang mencuit hati kerana terhibur dengan kejadian itu. Siap seloroh kononnya mamak nak melamar! Haha!
Sumber: Adrina