Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Buat Kerja Tak Bersih..”, Dah Makan Separuh, Gadis Tiba-Tiba Temui Pacat Dalam Sayur Buat Ramai Geli

“Buat Kerja Tak Bersih..”, Dah Makan Separuh, Gadis Tiba-Tiba Temui Pacat Dalam Sayur Buat Ramai Geli

Kategori:
gadis temui pacat dalam makanan

Bagi penjual atau peniaga makanan, selain menjaga kualiti makanan yang dijual. Kebersihan juga merupakan antara satu perkara yang sangat perlu dititikberatkan. Kita pun sudah sedia maklum, makanan yang bersih juga menjamin kesihatan tubuh badan kita. Bayangkan jika makanan tersebut tidak bersih dan kotor pastinya ia membawa kesan yang buruk kepada tubuh badan kita.

Bimbang jika berlakunya cirit birit atau pun sesuatu di luar jangkaan. Malah sejak kebelakangan ini banyak rakyat Malaysia berkongsi mengenai kejadian di mana mereka menemui bendasing di dalam makanan yang mereka makan. Ada yang temui lalat, jentik-jentik dan ulat. Rata-rata penemuan tersebut adalah daripada makanan yang dimakan atau dibeli dari luar.

Gadis geli tiba-tiba temui pacat dalam makanan yang dimakan

Manakala terbaharu, ada seorang gadis di aplikasi TikTok sempat berkongsi mengenai kejadian di mana dia menemui seekor pacat pada makanan yang sudah separuh dimakan. Menerusi video yang dikongsikan oleh aweksuga itu, jelas kelihatan seekor pacat yang bersaiz kecil pada bekas makanan yang dimakannya.

Menurutnya, nasi berkenaan sudah hampir separuh dimakan. Tiba-tiba melihat pacat tersebut pasti sesuatu yang sangat menggelikan baginya. Tambahnya lagi diruangan komen, tujuan video tersebut direkodkan adalah untuk mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ingin makan sayur seperti itu.

https://www.tiktok.com/@aweksuga/video/7062581069689687322?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833

@aweksuga #ad geli yall, dah separuh aku makan ni hanotttttt 😭😭😭😭 #fyp #fypage ♬ suara asli – rafaaldiansyah

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan komen dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang turut berasa geli dan ada juga yang mengatakan pihak peniaga buat kerja tidak bersih. Dalam masa yang sama, ada juga seorang petani yang sempat meninggalkan komen mengatakan serangga dekat kangkung memang banyak memandangkan kangkung tidak pernah diracun.

Serangga dekat kangkung..

Di samping itu, ada juga yang sempat menyatakan temui bendasing adalah antara sebab dia tidak suka makan di luar. Lebih suka memasak sendiri. Kita basuh kita masak, kita tahu katanya. Tidak kurang juga ada yang menulis, ini adalah video ketujuh fyp makanan yang ada ulat serta serangga.

Sebab tu laa..

Tidak terbayang dek akal andai kata gadis ini termakan pacat ini. Mungkin baik-baik sahaja dan mungkin juga sebaliknya. Buat korang semua, tidak kira penjual atau pun pelanggan sila berhati-hati dengan makanan yang anda jual dan makan ya.

Kredit: TikTok aweksuga

Baca juga Lelaki Terkejut Temui Ubat Stapler Dalam Pulut Bakar, Pesan Supaya Orang Ramai Berhati-Hati

tags: | |