Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gagal Mengemukan Dokumen Perniagaan Yang Lengkap, Peniaga Siakap Langkawi Bakal Didakwa.

Gagal Mengemukan Dokumen Perniagaan Yang Lengkap, Peniaga Siakap Langkawi Bakal Didakwa.

Kategori:
peniaga siakap langkawi bakal didenda

Pada bulan Oktober 2021, ia merupakan bulan yang viral berkenaan dengan ikan siakap Langkawi yang berharga ribuan ringgit. Hal tersebut pada mulanya dimuat naik oleh salah seorang pelanggan yang dikenakan caj yang mahal sewaktu mengunjungi kedai berkenaan.

Bermula dengan seorang pelanggan kemudiannya viral juga berkenaan beberapa orang pelanggan lain yang menghadapi masalah yang sama. Ekoran itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melakukan siasatan.

Menurut laporan Harian Metro, peniaga berkenaan gagal mengemukan dokumen seperti yang dikehendaki oleh pihak KPDNHEP dalam tempoh ditetapkan. Ekoran itu mereka bakal didakwa mengikut Seksyen 53 (A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2021.

Berkata Datuk Rosol Wahid, Timbalan Menteri KPDNHEP menyatakan peniaga berkenaan telah memberikan kerjasama baik namun gagal memenuhi arahan bagi menghantar dokumen perniagaan yang lengkap dan terperinci.

“Tempoh penghantaran dokumen terperinci itu dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan berkenaan.

“Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu menyebabkan kertas siasatan dibuka dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata peniaga terbabit bakal dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 kerana gagal menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar.

“Siasatan lanjut atas kesalahan mencatut tidak dapat dijalankan disebabkan dokumen perniagaan dihantar peniaga itu tidak memberi maklumat terperinci berhubung kos operasinya.

“Peniaga itu hanya menyatakan harga jualan ikan siakap iaitu RM16 bagi setiap 100 gram tidak pernah berubah sejak tiga tahun lalu, namun ia bukan bukti kukuh dan tidak mencukupi bagi melakukan siasatan,” ujarnya.

Kredit: Harian Metro 

Baca juga: “Selalunya Kami Tidak Jual Ikan Ni..”, Isu Ikan Siakap Berharga RM1196.80, Pemilik Restoran Tampil Menjelaskan

tags: |