Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gardenia Naikkan Harga Roti? Ini Senarai Roti Yang Dinaikkan Harga Bermula 1 Disember 2020

Gardenia Naikkan Harga Roti? Ini Senarai Roti Yang Dinaikkan Harga Bermula 1 Disember 2020

Kategori:
Gardenia Naikkan Harga Roti

Beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) bakal menyaksikan meningkatan harga sehingga RM0.20 sen bermula 1 Disember, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ini Senarai Roti Yang Dinaikkan Harga Bermula 1 Disember 2020

Menurut syarikat itu lagi, peningkatan harga itu bermula dari RM0.05 sen melibatkan produk roti seperti berikut Garnedia Squiggles – Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll – Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Flurry Red Beans.

Sementara itu, bagi kenaikan harga RM0.20 sen pula melibatkan produk roti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries.

“Semakan harga ini dibuat kerana kenaikan harga bahan mentah seperti sayur, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

Fokus kami sekarang adalah untuk terus meningkatkan usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan operasi,” katanya sambil menambah keputusan untuk meningkatkan harga produk adalah pilihan terakhir.

GBKL pada masa sama berkata tiada peningkatan harga bagi produk lain keluaran syarikat itu.

 

Sumber: Astro Awani

tags: