Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gardenia Tidak Dapat Tambah Bekalan Produk Di Pasaran

Gardenia Tidak Dapat Tambah Bekalan Produk Di Pasaran

Kategori: ,
Gardenia tidak dapat tambah bekalan produk di pasaran

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, pengeluar roti Gardenia di Malaysia memaklumkan Gardenia tidak dapat tambah bekalan produk di pasaran.

Dalam satu kenyataan ringkas, syarikat itu berkata ia disebabkan oleh pengeluaran di kilang-kilang Gardenia kini telah sampai ke tahap maksimum.

“Terima kasih kerana meluangkan masa menulis kepada kami mengenai situasi kehabisan stok produk Gardenia di kedai-kedai.

Kami ingin memaklumkan bahawa buat masa ini pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia telah sampai ke tahap maksimum. Oleh yang demikian, kami tidak dapat lagi menambahkan bekalan produk-produk kami di pasaran.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kefahaman tuan/puan dan segala kesukaran yang timbul amatlah dikesali,” katanya.

Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai serbaneka juga mendapati stok roti cepat dihabiskan sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa minggu lalu.

Ia bukan hanya membabitkan roti keluaran Gardenia, malah keluaran jenama lain.

Gardenia bagaimanapun akan terus beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

 

Sumber: Berita Harian

tags: