Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gardenia Tingkatkan Pengeluaran Kepada 2.2 Juta Roti Sehari

Gardenia Tingkatkan Pengeluaran Kepada 2.2 Juta Roti Sehari

Kategori: ,
Gardenia

Perintah Kawalan Pergerakan kepada rakyat dan penduduk Malaysia sudah menghampiri minggu ke-3. Dan pasti sudah ramai yang tahu, roti Gardenia sangat sukar ditemui sekarang kerana selalu habis di kedai.

Ia sering habis kerana setiap kali Gardenia menambah stok roti di kedai, orang ramai akan menyerbu dan membeli dalam kuantiti yang banyak. Disebabkan permintaan yang tinggi, Gardenia telah meningkatkan jumlah pengeluaran roti sebanyak 5% iaitu sebanyak 2.2 juta buku roti sehari.

Gardenia telah meningkatkan jumlah pengeluaran roti sebanyak 5%

Diharapkan dengan peningkatan jumlah pengeluaran ini, pembeli hanya membeli dalam jumlah yang mereka perlu dan jangan lupa memikirkan orang lain yang juga memerlukan.

Lagipun, kenapa perlu membeli banyak-banyak sedangkan roti mempunyai tarikh tamat tempoh? Jangan sehingga membazir pula.

Peningkatan pengeluaran roti sebnauak 2.2 juga sehari itu adalah kombinasis semua jenis roti termasuk roti putih, roti wholemeal, cream rolls, buns dan twiggies.

Beli hanya yang anda perlu

Jika anda berniat untuk memborong roti 5-6 buku roti, diharapkan anda membatalkan niat itu. Mohon fikirkan juga keperluan orang lain.

Peruncit juga perlu melaksanakan pembelian roti terhad secara kendiri mengikut keperluan setempat masing-masing demi menjaga kebaikan pengguna yang lain.

 

tags: