Setiap kanak-kanak pastinya akan mempunyai perangai dan gelagatnya masing-masing. Ada kanak-kanak yang terlampau aktif ada juga yang kurang. Kadangkala kelakuan kanak-kanak ini tidak boleh dijangka. Walaupun para ibu sudah sedia maklum anak-anak mereka ini nakal, hyperaktif dan sebagainya namun tetap juga tidak dapat membaca fikiran mereka.
Namun kadangkala anak yang aktif di waktu kecil ini akan menjadi anak yang baik dan rajin apabila mereka sudah besar nanti. Di waktu mereka kecil, para ibu bapa sememangnya perlu bersabar dengan segala perangai pelik anak-anak.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Atikah Nizan menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan anaknya yang mengundang kesabarannya apabila menjadikan ikan mentah sebagai permainan. Kebanyakan kanak-kanak akan takut kepada ikan mentah namun bukan anak kepada Atikah ini. Dia dilihat selamba memegang ikan mentah tersebut tanpa perasaan takut sedikit pun.
Bahkan menerusi perkongsian video tersebut dapat dilihat adik ini memegang ekor ikan tersebut dan membawanya jalan-jalan menaiki kereta. Pada awalnya, adik ini kelihatan memegang ikan mentah dalam keadaan baru lepas menangis. Melihat tindakan luar biasa kanak-kanak ini, ia membuatkan ramai warga TikTok berasa terhibur dan meninggalkan pelbagai komen yang melucukan.
https://www.tiktok.com/@atikahnizan_/video/7077822476389993755?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052514222143800833
@atikahnizan_Sabar !
Ada yang sempat berkongsi mengenai anak-anak masing-masing yang juga sangat fanatik terhadap binatang seperti ikan dan ayam. Sehinggakan ada yang terpaksa membeli patung untuk menggantikan haiwan yang sebenar.
Dalam masa yang sama ada juga yang meninggalkan komen menyatakan sememangnya kena betul-betul bersabar dan menyatakan hanyir kereta memandangkan adik ini memegang ikan mentah.
Kelakuan anak-anak yang sebegini kadangkala mengundang marah para ibu bapa. Namun begitu, para ibu boleh membiarkan anak-anak bermain dengan dunianya selagi mana ia tidak membahayakan diri dan orang lain. Biarkan anak-anak explore semua benda supaya otaknya berjalan dan inshaAllah bakal menjadi anak yang pintar satu hari nanti.
Kredit: atikahnizan_