Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Timun Cina Kelate Sedap Lagi..”, Gelagat Pemuda UK Makan Tembikai Buat Warganet Tak Kering Gusi

“Timun Cina Kelate Sedap Lagi..”, Gelagat Pemuda UK Makan Tembikai Buat Warganet Tak Kering Gusi

Kategori:
aiman makan tembikai

Sejak beberapa hari yang lepas, viral berkenaan dengan seorang pemuda yang bercakap dalam loghat Kelantan. Pemuda berkenaan yang pada ketika ini berada di United Kingdom ada memuat naik beberapa buah video berkenaan dengan aktiviti yang dilakukan di channel You Tube miliknya iaitu Aiman Kecek Kelate.

Aiman ini merupakan pemuda kacukan Melayu English. Sebelum ini dia sudah menetap di Pulau Perhentian selama 4 tahun. Kemudian dia pulang ke UK bagi menziarahi ibunya namun tidak dapat pulang kembali ke Malaysia kerana COVID-19.

Disebabkan tiada apa yang boleh dilakukan di sana, jadi dia mula membuat channel You Tube. Video pertama yang dimasukkan kira-kira 3 bulan yang lepas. Dan videonya kini sedang viral di TikTok mungkin disebabkan cara atau loghat Kelantannya yang fasih dan melucukan.

Antara video yang menarik perhatian warganet adalah video berkenaan di mana dia makan buah tembikai atau timun cina. Pada minit yang ke 8:27, setelah suapan pertama tembikai ke mulut, dia pun memberitahu. “Dok sweet. Dok manis. Dok sedap“.

Sambil menggelengkan kepalanya dia memberitahu lagi ” Timun cina Kelate sedap lagi. Boleh makan, tapi dok sedap“.

Mula viral di aplikasi TikTok, video di akaun YouTube miliknya kini menjadi perhatian warganet. Ekoran itu ramai yang menyokong dan meminta Aiman membuat lebih banyak video lagi.

We need more…

Best tengok…

Sumber : You Tube Aiman Kecek Kelate

tags: |