Nenek adalah insan dan sosok yang sememangnya rapat dengan cucu. Ada waktunya, neneklah yang menjaga kita ketika sakit dan waktu-waktu kita membesar. Mereka membawa seri ke dalam hidup kita dengan kasih sayang yang dicurahkan.
Sehinggalah mereka mencecah umur tua dan mula lupa akan sesuatu dengan mudah, kitalah yang harus berada di samping mereka untuk menjaga mereka dengan kasih sayang yang penuh.
Seperti perkongsian video di TikTok yang tular baru-baru ini, seorang cucu berkongsi gelagat lucu neneknya yang minum di bulan Ramadan kerana dia tidak tahu sudah masuk waktu bulan puasa.
“Opah tak tahu ni bulan puasa…”, tulisnya di keterangan video.
Perbualan mereka menggelikan hati orang ramai dengan kecomelan opah dan netizen tersentuh kerana mula mengingati arwah nenek masing-masing.
https://www.tiktok.com/@shaheeraazhar_/video/7213653732544826651
@shaheeraazhar_opah tak tahu ni bulan puasa 😭😭😭 sedap air laici tu opahh
Melihat ruangan komen, ramai yang mengimbau kembali kenangan dengan arwah nenek masing-masing.
“Sebiji macam arwah nenek aku. Rindunya dekat nenek aku tahun ni tahu pertama berpuasa tanpa nenek”, komen Nurul Fatihah di video gelagat Opah minum masa bulan puasa.
“Comel je, semoga nenek awak sihat selalu.. Amin”, doa seorang netizen bernama Latifah.
“Alhamdulillah masih ada opah yang boleh dijaga”, komen Budi di video gelagar Opah minum masa bulan puasa.
Semoga kerinduan kepada opah masing-masing terubat apabila melihat gelagat mereka. Dan semoga opah diberi kesihatan yang berpanjangan dan jagalah mereka dengan sebaik-baiknya selagi mereka masih ada bersama kita.
Sumber: Shaheera Azhar
Baca juga: Pelanggan Kesal Beli Roti John Untuk Berbuka, Tapi Peniaga Letak Inti Sos & Mayo Sahaja