Semestinya di dalam perkahwinan ada gurauan manja bersama suami isteri. Dalam gurauan manja ada juga telatah yang mencuit hati mereka. Begitulah kehidupan apabila sudah halal, semuanya menjadi indah.
Perempuan bila dah lapar, jangan diganggu. Risau telefon entah kemana, biji mata yang akan lebam. Gelagat abang ini telah membuat ramai netizen ketawa kerana telatahnya mengusik isterinya yang kuat melatah.
Video ini dikongsikan oleh fayizz93 dan mendapat reaksi positif dan kelakar dari netizen lain. “Bila biniku makan macam beruk makyeh”, itulah ungkapan pertama yang dikeluarkan di awal video dan mendapat reaksi marah dari isterinya.
Meskipun kita sebagai penonton mendengar ungkapan tersebut agak kasar, tetapi kita tahu isterinya sudah biasa bergurau begini dengan suaminya.
“Ramailah makan pagi petang malam, tapi you makan 24 jam”, sakat abang ini lagi kepada isterinya
“Over sangat dia tak mahu makan, tak payahlah kacau orang. You takmau makan sudahlah duk kacau I pasaipa”, terus dibalas isterinya terhadap kata kata abang itu.
Jadi benarlah ungkapan yang disebut sebelum ini, jangan kacau perempuan semasa lapar dan makan kerana risau banyak benda terjadi. Tetapi kejadian abang ini amat membuat netizen teruja, makin dimarah makin diganggu isterinya yang kuat belbel dan latah.
https://www.tiktok.com/@fayizz93/video/7129456230153587995
@fayizz93Dia melatah time makan haha🤣♬ original sound – Fayizz
Menjengah di ruangan komen, orang ramai terhibur malah ada yang berimpikan suami seperti abang ini.
“Tunggu bini balas dendam nanti”, netizen bernama Gagak memberi amaran kepada abang ini.
“Ready-readly la abang tido luar”, sakat Ceo of Comic
Melalui perkongsian ini, orang orang tua dulu pernah berpesan. Jangan diganggu orang yang kuat melatah, takut kita pula yang berjangkit. Kalau boleh janganlah diusik orang yang kuat melatah kerana penyakit ini tiada ubat untuk diubati.
Diharap selepas video ini, para suami sentiasa dilimpahi rezeki untuk memberi makan makanan yang sedap sedap kepada para isteri.
Kredit: fayizz93
Baca Juga: “Akak, Donut Ni Sama Gemuk Macam Kita..”, Telatah Lucu Adik Ini Buat Warganet Tak Kering Gusi Ketawa