Dalam kehidupan kita, mesti akan ada sama dengan orang-orang lain malah semua orang ada melakukan benda itu. Contohnya seperti, kisah waktu kecil kita selalu menyanyi di depan kipas, main tutup peti sejuk sebab nak tengok lampu tertutup macam mana dan banyak lagi.
Sama juga cerita yang akan dikongsikan ini, bila dah meningkat dewasa. Waktu malam mesti kita akan kehausan dan akan ambil air di dapur bawa masuk ke dalam bilik. Kadang-kadang sampai lupa nak letak kembali gelas di dapur. Sebab itulah, gelas-gelas di dapur tinggal sedikit.
Idoel Imoets melakonkan semula wataknya sebagai emak dan mengatakan “Gelas-gelas kat rumah ni kenapa tinggal sedikit. Pergi dekat mana eh?”.
Terus keluar watak seorang lagi sambil keluarkan gelas-gelas yang beliau gunakan yang ada di dalam bilik tapi lupa untuk keluarkan semula.
Rupanya ramai yang di antara kita buat perangai seperti ini juga, ambil air dari penapis air dan terus masuk bilik pada waktu malam.
Mungkin kerana cuaca yang terlampau panas dan tekak dahagakan air.
Semestinya, mak-mak akan bertukar menjadi harimau bila tahu rupanya anak-anak beliau yang sorokkan di dalam bilik. Tak basuh pula tu.
@idulbukanidoel Mau dibalikin ke dapur mager akhirnya numpuk di kamar🤗
@idulbukanidoelMau dibalikin ke dapur mager akhirnya numpuk di kamar🤗♬ original sound – November Cloud
Menerusi di ruangan komen, rupanya ramai netizen-netizen yang mempunyai tabiat seperti ini. Jadi, mereka tidak berasa keseorangan dan rupanya sama sahaja.
Untuk orang bujang mungkin benda ini normal lagi untuk mereka, untuk gadis-gadis yang akan berumah tangga nanti. Cuba ubah tabiat ini, risau bakal mak mertua terkejut dan hilang pula gelas-gelas mereka di dapur.
Kredit: Idoel Imoets
Baca Juga: Adun Lancar Kempen Pergi Kedai Bawa Gelas Sendiri, Kurangkan Guna Plastik Bungkus