Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ini Yang Di Lakukan Oleh Hidayah Saat Genap Setahun Pemergian Abam Bocey, “Niat Tahlil Untuk Arwah..”

Ini Yang Di Lakukan Oleh Hidayah Saat Genap Setahun Pemergian Abam Bocey, “Niat Tahlil Untuk Arwah..”

Kategori:
hidayah abam sedekah makanan

Siapa yang tidak kenal lagi dengan balu arwah Abam Bocey ini iaitu Nurhidayah Mohd Ali. Hari ini genap setahun kematian Abam Bocey, HIdayah akan sedekahkan mi kari dan mihun sup kepada pelanggan yang datang ke kedai HidayahAbamHamzah. Kedai tersebut terletak di Medan Selera Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Jalan Tebedu, Sabak Bernam.

Nurhidayah ketika dihubungi oleh sebuah media berkata, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia tidak dapat membuat majlis tahlil buat arwah suaminya, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan.

 

Genap setahun arwah pergi…

Esok(hari ini), genap setahun arwh pergi men!nggalkan kami. Memandangkan penu laran C0VID-19 dan masih PKP, saya tak boleh buat majlis tahlil untuknya. Jadi, saya ada tempah mi kari dan bihun sup daripada adik, Mohammad Zainuddin Mohd Ali dan adik ipar, Nor Farhana Nordin untuk sedekahkan kepada semua pelanggan yang datang ke kedai saya esok(hari ini).

Saya sudah niatkan untuk Allahyrham suami, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan serta Allahyrham abang-abang saya iaitu Rosli, Azmi dan Ismail Mohd Ali. Semoga r0h mereka di tempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya ketika dihubungi Harian Metr0 di Sabak Bernam semalam.

Sejak kematian Abam Bocey tahun lepas, Hidayah akui terlalu banyak liku dan cabaran hidup yang terpaksa dilaluinya. Namun dia bersyukur kerana Allah SWT memudahkan segala urusannya.

Alhamdulillah, Allah ada. Walaupun terlalu banyak liku dan cabaran hidup saya sepanjang setahun selepas ketiadaan arwh, semuanya Allah permudahkan. Terima kasih kepada mak, abah dan keluarga.

Selain itu, pada semua yang sentiasa menyok0ng saya, memberi kata-kata semangat, selalu mendoakan yang baik-baik untuk saya dan anak, termasuk buat arwh suami. Semoga segala doa yang baik-baik daripada kamu semua, berbalik pada kalian semua juga,

Abam Bocey yang juga merupakan teman rapat kepada Fad dan Achey meninggal dunia di rumahnya tahun lalu, selepas dua hari mengalami demam. Arwah meninggalkan balu dan seorang anak lelaki yang berusia 1 tahun 7 bulan.

 

tags: |