Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Siapa Yang Luluskan?”, Gerai Makanan Halang Laluan Pejalan Kaki, Pengguna OKU Kesal

“Siapa Yang Luluskan?”, Gerai Makanan Halang Laluan Pejalan Kaki, Pengguna OKU Kesal

Kategori:
gerai makanan halang laluan

Dalam tempoh 2 minggu ini, kehangatan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 mendapat sambutan yang hebat oleh masyarakat. Ramai yang berkunjung ke sana untuk menikmati jualan buku yang disediakan.

Dan salah satu laluan yang sering digunakan oleh pejalan kaki jika berkunjung ke sana adalah penghubung PWTC – Sunway Putra. Tetapi, banyak rungutan yang diterima berkenaan kesesakan di laluan berkenaan.

“Siapa Yang Luluskan?”, Gerai Makanan Halang Laluan Pejalan Kaki, Pengguna OKU Kesal

gerai makanan halang laluan

Terbaharu, seorang lelaki OKU berkerusi roda meluahkan rasa kecewanya berkenaan isu ini di laman Twitter. Ciapannya yang tular itu menjelaskan kesulitan dirinya yang ingin berkunjung ke PBAKL disekat oleh barangan jualan gerai makanan yang ada di penghubung PWTC – Sunwat Putra berkenaan.

“Siapalah yang luluskan boleh letak gerai dekat kaki lima ini. Dahlah ini je satu-satunya laluan nak ke lif untuk naik jejantas (penghubung PWTC – Sunway Putra). Ini nasib baik aku datang dengan kawan, bolehlah dia tolong clearkan jalan, kalau datang sorang-sorang,” luahnya pada keterangan ciapan berkenaan.

Tambahnya lagi, kekecewaannya bertambah apabila peniaga gerai makanan itu hanya melihat sahaja situasi terbabit walaupun mengetahui barang-barang meniaga itu menghalang jalan untuk pejalan kaki terutamanya para OKU.

Tempatnya yanng kurang strategik kerana laluannya yang sangat sempit dan agak tinggi menimbulkan tanda tanya tentang kelulusan gerai berkenaan.

“Dekat situ banyak lagi ruang lain boleh pacak gerai. Janganlah buka di laluan kerusi roda. Bahu kaki lima ini agak tinggi daripada jalan besar sebelah. Dengan ruang yang sangat sempit, roda wheelchair boleh tergelincir ke bawah. Bahaya,” jelasnya lagi dalam rajutan dan bebenang ciapan itu.

gerai makanan halang laluan

Melihat kepada komen netizen, ramai yang menyokong kenyataann tersebut dan turut meluahkan rasa kekecewaannya yang sama. Misalnya, @ladymissazira berkata, “saya sokong peniaga kecil berniaga, tetapi janganlah letak barang-barang samapai OKU dan warga emas susah bergerak,” ciapnya di ruangan komen.

Selain itu, @lostincrowd juga meluahkan rasanya dengann menciap, “dekat KL memang hampeh semua kaki lima jadi tempat buka gerai. Memang rezeki peniaga tapi kesian orang kurang upaya yang bergantung dengan pengangkutan awam,” jelasnya.

“Sokong Peniaga Kecil, Tapi Jangan Sampai Gerai Makanan Halang Laluan”

gerai makanan halang laluan

Untuk keadlian bagi isu gerai makanan halang laluan ini, pihak berwajib haruslah meneliti dan menyelesaikan perkara tersebut. Pemantauan berkala haruslah dititkberatkan lebih-lebih lagi ketika acara besar seperti PBAKL berlangsung.

Memberi ruang yang sepatutnya kepada peniaga kecil dan mengambil berat tentang kerisauan serta masalah orang-orang kurang upaya hadapi adalah tindakan diperlukan untuk melahirkan ibu kota yang baik bagi semua lapisan masyarakat.

Sumber: Ahmad Faiz

Baca juga: Sejarah Menakjubkan! Bagaimana Kopi Menjadi Penyebab Revolusi Dunia

tags: | |