Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Girlfriend Salah Sangka Boyfriend Mahu Check Phone Padahal Hendak Ambil Kicap, Video Mereka Jadi Perbualan Netizen

Girlfriend Salah Sangka Boyfriend Mahu Check Phone Padahal Hendak Ambil Kicap, Video Mereka Jadi Perbualan Netizen

Kategori:
boyfriend mahu check phone

Dalam sesuatu hubungan, pelbagai perihal harus difahami untuk menjaga keutuhan dalam percintaan. Apa yang paling penting, keikhlasan dan kejujuran adalah antara hal-hal yang harus dijaga rapi.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, sepasang kekasih yang sedang menjamu selera di sebuah kedai makan menjadi perbualan ramai tentang reaksi gadis ketika teman lelakinya ingin mengambil kicap yang ada berdekatan telefonnya.

Girlfriend Salah Sangka Boyfriend Mahu Check Phone Padahal Hendak Ambil Kicap, Video Mereka Jadi Perbualan Netizen

boyfriend mahu check phone

Melihat kepada video berkenaan, gadis tersebut seperti ada menyembunyikan sesuatu apabila dia dengan pantas mengambil telefonnya kerana menyangka teman lelakinya ingin memeriksa kandungan isi telefon.

Hal itu telah menjadi perbualan ramai kerana menyangka si gadis ada menyembunyikan sesuatu. Ini kerana, sesuatu hubungan selalu dipaparkan dengan salahnya lelaki dan perempuan adalah sebaliknya.

boyfriend mahu check phone

@xtra_my Sakitnya tuh lain macam mat🥲🥹 Bertabahlah bang🤧 #fyp #xtramy #wanita #takut #kantoi #pasangan #viral #beritaditiktok #bakso ♬ original sound – XTRA

Meninjau ruangan komen, ramai netizen memberi pandangan masing-masing. Ada juga yang menjadi doktor cinta dan menasihatkan orang ramai berkenaan cinta.

“Sejak saat itu, kicap yang dituang selalu kehilangan rasa manisnya,” ujar netizen di video boyfriend mahu check phone.

“Auto berubah muka lelaki tu. Dalam hati confirm 1001 perasaan datang,” tulis netizen bernama Zuzu di video boyfriend mahu check phone.

“Kalau aku, aku gerak je. Memang confirm 200% orang macam ni asa simpanan. Cari yang menghargai. Kicap yang rasa manis boleh jadi pahit,” komen netizen dengan nama Hadi.

Auto Berubah Muka Lelaki Tu..

boyfriend mahu check phone

Bagi Min, kita janganlah tuduh melulu. Cubalah berbincang dengan sebaiknya. Mungkin ada hal yang disimpan secara privasi dan hal itu bukanlah tentang hubungan.

Kepada pihak perempuan pula, cuba terangkan dan berlaku jujur. Pasangan berhak tahu kenapa reaksi sedemikan itu dikeluarkan. Apa-apa pun, semoga pasangan itu baik-baik sahaja dan buat keputusan dengan akal yang sihat.

Sumber: xtra_my

Baca juga: “Kalau Rasa Tak Mampu, Jujur!” – Majlis Wanita Ini Hancur Akibat Tempah Hiasan Pulut Dengan Orang Yang Salah

tags: |