Sudah menjadi tradisi apabila tuan rumah untuk raja sehari akan sediakan cenderahati atau goodies kepada para tetamu. Pelbagai jenis cenderahati diberikan kepada tetamu sebagai tanda kenang-kenangan mereka.
Tapi kalau pergi ke serata negeri Malaysia, banyak cenderahati yang pelik dan dapat goodies kenduri paling rare mengikut adat atau negeri masing masing.
Seperti video tular yang dikongsikan di media sosial, seorang wanita bernama nadnadianiza, menceritakan suaminya membawa pulang goodies yang paling rare dan jarang dijumpai orang ramai. Beliau mengatakan bahawa dia tidak dapat hadir ke kenduri tersebut kerana anaknya mengantuk untuk tidur.
Setelah suaminya membawa pulang, beliau amat terkejut kerana ingat suaminya seorang yang tidak ‘malu’ untuk membawa pulang nasi kenduri dan bungkus untuk diberikan kepadanya.
Suaminya menerangkan bahawa ini adalah hadiah cenderahati daripada tuan rumah. Beliau pula apabila membuka cenderahati tersebut, alangkah terkejutnya apabila melihat ada Nasi Minyak dan Daging Goreng Kunyit beralaskan pinggan kaca.
Beliau juga memikirkan, satu kerja pula dia untuk membasuh pinggan tersebut dan memberi kembali kepada tuan rumah tersebut. Suami beliau menegaskan bahawa mereka tidak perlu berbuat demikian kerana ini adalah tradisi dan adat tuan rumah untuk memberi cenderahati tersebut.
Mendengar penjelasan suaminya, wanita tersebut seperti tidak percaya. Mungkin dia tidak biasa melihat perkara ini berlaku di dalam kehidupannya dan teruja dengan ilmu dan pengalaman baharu yang dihadapinya ini.
@nadnadianiza Goodies kenduri rare bagi aku laa kann..tempat aku klu dapat nasi kenduri macam ni panggil berkat tuu ponn zaman dulu2 punye cite.. bungkus dalam plastik,lepas tuu partern nasi semua sama nasi putih,sambal kelapa dengan daging kicap ke daging masak hitam mcm tu laa..mau xterkejut dapat nasi sekali pinggan dgn sapu tangan haa.. sonang citee knn, beg goodies pon xyah nk pikir2 cari beli🤣🤣🤣 #goodies #goodieskahwin #kendurikampung #belahsuami #nasibungkus #PaydaySaver #jemputtengok #kedaitiktok
@nadnadianiza Goodies kenduri rare bagi aku laa kann..tempat aku klu dapat nasi kenduri macam ni panggil berkat tuu ponn zaman dulu2 punye cite.. bungkus dalam plastik,lepas tuu partern nasi semua sama nasi putih,sambal kelapa dengan daging kicap ke daging masak hitam mcm tu laa..mau xterkejut dapat nasi sekali pinggan dgn sapu tangan haa.. sonang citee knn, beg goodies pon xyah nk pikir2 cari beli🤣🤣🤣 #goodies #goodieskahwin #kendurikampung #belahsuami #nasibungkus #PaydaySaver #jemputtengok #kedaitiktok ♬ original sound – NM mall – NM mall Homemade & Handmade
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen yang memberitahu wanita ini bahawa ini adalah adat tradisi utara dan sudah biasa berlaku di negeri sana.
“Time kenduri tahlil kat utara memang macam ini kak, kalau bekas budak-budak ada dapat duit sekali ,tapi dulu-dulu la, sekarang ini jarang sangat dah orang buat..”, jelas netizen bernama Org Merantau kepada wanita ini tentang cenderahati sebegini sudah biasa di negeri utara.
Pelik tapi benar, semua negeri mempunyai adat masing-masing. Jadi tidak peliklah jika benda-benda rare ini berlaku.
Ini juga salah satu idea menarik dan dapat perkenalkan adat kepada orang lain. Mari kita raikan kepelbagaian budaya di negara Malaysia yang indah ini.
Kredit: Nadnadianiza