Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Mesti Mahal Gila!” Gordon Ramsay Bakal Membuka Restoran Pertama Di Malaysia

“Mesti Mahal Gila!” Gordon Ramsay Bakal Membuka Restoran Pertama Di Malaysia

Kategori: ,
Gordon Ramsay buka kedai di Malaysia

Sebut je nama Gordon Ramsay pasti ramai yang sudah mengenalinya. Seorang chef selebriti yang berjaya membuatkan orang ramai ingin mencuba hidangan dari masakannya.

Buat peminat Gordon Ramsay, selepas ini anda tidak perlu terbang jauh ke luar negara kerana Gordon Ramsay bakal membuka restoran pertama beliau di Malaysia dengan kerjasama Sunway Resort.

https://www.facebook.com/SunwayResortKualaLumpur/posts/10158821795625813

Bertempat di Sunway City Kuala Lumpur, restoran yang bakal dibuka oleh Gordon Ramsay membawakan konsep gourmet dining yang sekaligus bakal menawarkan pengalaman baharu buat para pengunjung. Seperti cawangan restoran di Mayfair, London, Gordon Ramsay Bar & Grill turut bakal menawarkan seleksi menu sepanjang hari.

Apa yang lebih menarik, para pelanggan berpeluang untuk menikmati signature dish Gordon Ramsay iaitu Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding.

Restoran oleh Gordon Ramsay ini bakal dibuka bermula Jun 2021. Pasti ramai yang tak sabar untuk menyaksikan apa yang bakal dibawakan oleh Gordon Ramsay kan? Jom sama-sama nantikan.

tags: