Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Goreng Keropok Keping Guna Pasir, Cara Tradisional Yang Bikin Ramai Nak Cuba!

Goreng Keropok Keping Guna Pasir, Cara Tradisional Yang Bikin Ramai Nak Cuba!

Kategori:
goreng kerepok keping guna pasir

Biasanya, keropok keping digoreng menggunakan minyak masak yang dipanaskan di atas api. Menggunakan kuali dan dihidupkan apinya lalu dituangkan minyak masak, mencampurkan keropok keping ke dalamnya akan menyebabkan keropok digoreng mengembang dan boleh dinikmati.

Tetapi lain pula dengan cara penggorengan keropok yang tradisional dari Terengganu ini. Cara penggorengannya menggunakan pasir pantai atau sungai menarik minat ramai.

Goreng Keropok Keping Guna Pasir, Cara Tradisional Yang Bikin Ramai Nak Cuba!

Mungkin ada di kalangan pembaca yang sudah mengetahui teknik ini, dan mungkin ada yang baru mengetahui akan cara ini. Goreng menggunakan pasir tidak selaju menggunakan minyak, apabila sudah kembang kita dah boleh angkat. Ia lain dengan goreng menggunakan pasir.goreng kerepok keping guna pasir

Jika pasir, kita kena gali dan kambus balik keropok. Gorengan itu hendaklah dilakukan sehinggalah keropok tersebut kembang, menandakan ia sudah digoreng.

Bagi pendapat ramai, keropok yang digoreng menggunakan pasir pantai tidaklah kembang seperti digoreng dengan minyak, tetapi menurutnya rasa keropok itu lebih sedap berbanding keropok yang digoreng dengan minyak.goreng kerepok keping guna pasirgoreng kerepok keping guna pasir

“Ini pasir pantai, nak guna pasir sungai pun boleh sahaja.”

@payabungahotelterengganu Ada yang pernah rasa ke keropok keping goreng pasir? 😁 #keropokterengganu #tradisional ♬ original sound – Paya Bunga Hotel

Melihat komen orang ramai, mereka tertarik untuk mencuba rasa goreng keropok keping guna pasir yang ditunjukkan seperti video di atas. Pelbagai komen yang diberikan oleh netizen selepas melihat cara penggorengan berkenaan.

“Rasa Sedap, Mana Yang Belum Cuba Boleh Try!”

Korang dah cuba belum goreng kerepok keping guna pasir ni? Memang tekstur dan rasanya lain bukan?

Sumber: payabungahotelterengganu

Baca juga: “Not Bad..” – Viral Video Mat Saleh Cuba Minum Air Tuak Tepi Jalan, Reaksinya Cuit Hati Orang Ramai..

tags: |