
Sampel gula-gula tersebut disahkan positif mengandungi ganja, kata jurucakap pihak berkuasa keselamatan makanan, Saïda Ahyad, dalam satu kenyataan. “Bagaimana ganja boleh dijumpai dalam gula-gula ini masih belum diketahui. Polis sedang menjalankan siasatan lanjut.”
Polis Belanda enggan mendedahkan berapa ramai yang sudah memakan gula-gula tersebut secara keseluruhan, dengan alasan masih terlalu awal untuk berkongsi maklumat lanjut.
Gula-Gula Haribo, yang diasaskan di Jerman pada 1920, terkenal dengan produk gula-gula “gummy” beruangnya. Kini, syarikat itu mengedarkan pelbagai jenis gula-gula “gummy” ke lebih 120 negara.
Menurut laman Haribo Belanda, walaupun hanya tiga bungkusan tercemar yang sudah dikenal pasti setakat ini, syarikat itu menarik balik keseluruhan kelompok gula-gula berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga. Penarikan balik itu melibatkan bungkusan seberat 1 kilogram yang dijual di Belanda dan mempunyai tarikh luput pada Januari 2026.
Sumber: Agensi berita/AZ/az