Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pakar Dietitian Dedah Bahaya Gula-Gula Himalaya Salt Untuk Kesihatan Kita, Nampak Kecil Tapi…

Pakar Dietitian Dedah Bahaya Gula-Gula Himalaya Salt Untuk Kesihatan Kita, Nampak Kecil Tapi…

Kategori:
bahaya himalaya salt

Siapa je kan yang tidak mengemari Himalaya Salt ini. Candy mint yang sememangnya sangat sedap dan mampu melegakan sakit tekak. Selain berangin, mint candy ini juga rasa masin. Memang sesuai bagi yang menggemari rasa yang pelik. Pasti memang ramai rakyat Malaysia yang menggemari gula-gula ini.

Tapi tahukah anda bahawa gula-gula ini sepatutnya diambil semasa bersukan. Menurut seorang pakar pemakanan, gula-gula ini bukan diambil untuk suka-suka menggantikan gula-gula biasa. Ia mempunyai kandungan sodium di dalamnya.

Apakah itu sodium?

Sodium (nama lain bagi natrium) adalah mineral yang terkandung dalam garam. 1 sudu teh garam (5g) adalah bersamaan dengan 2000mg sodium (NCCFN, 2010). Gula-gula ini bukan pilihan yang baik atau lebih ‘sihat’ hanya kerana kandungannya mengandungi garam Himalaya. Kandungan sodium gula-gula ini adalah lebih kurang sama sahaja.

Hanya individu yang aktif bersukan atau individu yang hiking dalam jangka masa yang panjang sahaja yang sesuai mengambil gula-gula jenis ini. Hal tersebut adalah kerana individu ini mempunyai kadar sodium yang rendah dalam darah.

Elakkan mengambil gula-gula ini…

Elakkan mengambil gula-gula ini, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai masalah darah tinggi, jantung atau buah pinggang. Jangan sesuka hati ambil gula-gula ini. Bagi wanita yang mengandung yang nak hilangkan loya, anda juga perlu berhati-hati. Lebih-lebih lagi bagi yang ada pregnancy induced hypertension (PIH).

Manakala had pengambilan sodium dalam sehari adalah 2000mg sahaja. Jadi kenapa kita tak perlukan lagi gula tambahan dari gula-gula jenis ini bagi orang normal adalah badan kita sudah cukup dengan sodium.

Memandangkan dalam makanan semulajadi kita biasanya ambil 12% sodium. Sodium yang ditambah dalam masakan adalah lebih kurang 5%. Sodium yang ditambah semasa makan lebih kurang 4%. Sodium yang datang dari makanan yang diproses adalah dalam 77%.

Itu sudah  mencukupi sodium dalam makanan harian kita. Tak perlu lagi dari gula-gula ini. Penyakit darah tinggi adalah yang paling dekat perkaitannya dengan sodium. Komplikasinya seperti pening kepala berterusan, sakit jantung dan masalah buah pinggang.

Jadi kalau boleh, tolong elakkan sodium yang berlebihan lagi. Pengambilan gula-gula ini semata-mata untuk memastikan seseorang lebih sihat adalah mitos. Jadi kurangkan gula-gula Himalaya salt ini bagi mengelakkan perkara yang memberhaya terjadi.

https://www.facebook.com/mohd.azuan.92/posts/10157691995909855?__cft__[0]=AZWP11aLWEEHcqldxJjEec3mjZmOMq4-V9RSMcfprYh78EyhIKXJkytYDhHETrKNZThg31WUFs17Nu1eZk0EUwepIe5mQ-01fsSXATJhu3ALhBYAdN4bj0yjOrYfutamlYo&__tn__=%2CO%2CP-R

Sumber: Mohd Khairul Azwan

Baca Juga: Jom Buat Dalgona Candy, Salah Satu Gula-Gula Yang Dimainkan Dalam Squid Game. Awas, Jangan Sampai Patah Ye!

tags: