Bila sebut sahaja gulai tempoyak, pasti kita akan teringat lauk ikan yang dicampur dengan gulai tempoyak. Biasanya lauk ikan patin akan digunakan dalam hidangan ini.
Tetapi kali ini, Daily Makan ingin kongsikan satu resipi yang lain dari lain – Resipi Gulai Tempoyak Telur Goyang. Nampak mengancam, bukan? Lauk simple tapi rasa menggoda.
Jadi tunggu apa lagi? Jom masak Gulai Tempoyak Telur Goyang sekarang juga.
Resipi Gulai Tempoyak Telur Goyang. Memang Sedap Dengan Rasa Unik Memukau
Bahan-Bahan:
- cili padi
- cili besar merah (buang biji)
- bawang putih
- serbuk kunyit
- tempoyak segar
- serai – diketuk
- telur ayam atau itik – digoreng
- garam, gula serbuk perasa
- santan
Cara Penyediaan:
- Kisar cili dan bawang putih bersama tempoyak.
- Masukkan bahan kisar dalam kuali bersama air dan serai.
- Bila kuah mendidih masukkan sedikit santan dan juga serbuk kunyit. Boleh juga masukkan sayur yang sesuai seperti timun, nenas muda dan sebagainya jika suka.
- Masukkan sekali bahan perasa, garam dan gula. Kemudian masukkan telur yaang sudah digoreng. Jika tempoyak kurang masam boleh tambah asam keping.
- Akhir sekali, maasukkan cili padi sebagai hiasan.
Siap sudah Gulai Tempoyak Telur Goyang ni. Selamat mencuba! Memang sedap makan dengan nasi panas-panas. Lauk yang jimat, senang dan enak.
Sumber: Fastabiqul Khairot
Baca juga: Mahu Hasil Tanaman Cili Lebat Dengan Cara Mudah? Guna Je Biji Cili Kering, Ini Caranya!