Mudah je nak buat cream cheese homemade rupanya, hanya perlu guna 3 bahan mudah sahaja. Lagipun, cream cheese boleh tahan mahal juga kalau beli di kedai. Buat sendiri dapat jimat banyak! Jom ikuti perkongsian oleh Chesu Riani di bawah.
Guna 3 Bahan Je Nak Buat ‘Cream Cheese Homemade’
Bahan-bahan:
- 1 cawan susu tepung + 3 cawan air (ku guna yg ni. Susu tepung fernleaf full cream)
Atau 1 liter fresh milk
- 4 sudu cuka makan/ jus lemon
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Panaskan susu dalam periuk guna api medium to low.
- Uji kepanasan susu dengan celupkan jari di tengah2 susu. Matikan api jika jari tahan kepanasan dalam 4 saat. Maknanya susu dah cukup panas. Jangan sampai mendidih.
- Tabur rata cuka/ jus lemon ke seluruh susu dan kacau2 manja.
- Biarkan 5-10 minit. Ketulan susu atau cheese akan mula terbentuk. Kalau ada bahagian susu yang masih cair, boleh tmbh lagi sikit cuka kt bhgn tu. Nanti dia akan berketul juga.

- Tapis cheese. Cecair yang tinggal jangan dibuang. Namanya whey dan boleh digunakan dalam adunan tepung/ masakan. Sangat berkhasiat (ku guna dlm kari).

- Lalukan cheese ni di bawah air sekejap untuk kurangkan rasa masam cuka. Edit: masa lalukan bawah air ni masih dalam penapis ya.. bagi air betul2 kering dari cheese ni.
- Dah kering blend dengan sedikit garam. Kalau pekat sangat campurkan sedikit whey tadi. Blend sampai halus dan creamy.


- Siap dah cream cheese! Boleh disimpan dalam peti. Sesuai digunakan untuk pelbagai resepi!

*Ini dia whey, cecair yang terpisah dari ketulan cheese tadi.

Selamat mencuba!