Untuk potongan daging korban, orang-orang biasanya menggunakan kapak tajam untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan.
Jika proses menyembelih pula, memang disuruh untuk menggunakan pemotong tajam bagi mengelakkan haiwan korban sakit sebelum putus nyawa.
Menyebut mengenai alat pemotong daging, seorang pengguna TikTok bernama @omg_daya berkongsi satu video berkenaan suaminya yang menggunakan kapak jenama terkenal Supreme sebagai alat potong daging.
Bersama video berkenaan, dia menulis ‘bukan kantoi curang tapi kantoi tipu harga kapak’ menjelaskan keterangan video tersebut.
“Lelaki kalau dah kantoi semewek senyuman tu pun kita dah faham” tulisnya lagi.
Jenama yang berasal dari New York itu memang mempunyai harga yang tersendiri. Walaupun ia dikira sebagai mahal, peminatnya sanggup mengeluarkan belanja demi mendapatkan produk daripada jenama yang digilai ramai itu.
Menerusi video itu juga, wanita itu berkongsi harga kapak suaminya yang hampir mencecah seribu ringgit. Nilainya adalah RM950 untuk satu harga kapak.
Sebenarnya, kapak Supreme yang ditunjukkan bukanlah alat untuk potong daging, tetapi ia sebagai koleksi bagi peminat yang mencintai jenama berkenaan.
Pelbagai reaksi netizen muncul dalam komen hantaran terbabit. Ada yang terkejut dan ada yang tidak percaya dengan harga yang dikategorikan sebagai kayangan oleh rata-rata netizen.
@omg_daya Lelaki kalau dah kantoi semewek senyuman tu pun kita dah faham🤔 #fyp ♬ ชอบเธออ่ะ – K.Story009
Mengambil salah satu komen netizen bernama Uchika, dia seakan tidak percaya dengan harga yang ditunjukkan dalam video berkenaan.
“Aik serious arr harganya camtu? Tapi kapak tu sendiri tak kuat kan?” soalnya.
“Selamberr Supreme buat korban…”, tulis Afiqashraf
Selain itu, netizen lain juga menyatakan semamangnya kapak berkenaan bukan untuk pemotongan daging, tetapi hanyalah simpanan sendiri.
“Takda function, just collections,” tulis Bapak Kucing.
“Tak berbaloi beli mahal-mahal untuk pukul tulang. Harga RM500 dah dapat kapak yang bagus,” tulisnya memberi pendapat berkenaan kapak Supreme berkenaan.
Mungkin itu hanya koleksinya sahaja kerana pemilik berkenaan memang menggemarkan jenama Supreme. Tak apa lah nak guna potong apa pun, asalkan kerja beres dan jalan kan?
Dan daging korban pun dapat diagih untuk berkongsi rasa sesama insan.
Sumber: omg_daya
Baca juga: “AJK Masjid Tolong Buat Surat Perjanjian..”, Lembu Kurus Dihantar Pembekal, Orang Ramai Kesal