Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Anak Demam Tengah Malam? Guna ‘Kaedah’ Ini Untuk Kebaskan Demam, Tapi Jangan…

Anak Demam Tengah Malam? Guna ‘Kaedah’ Ini Untuk Kebaskan Demam, Tapi Jangan…

Kategori: ,
telur rebus bagus untuk kurangkan demam

Anak anda demam tengah-tengah malam. Dah buat macam-macam tapi demam masih juga tak kebas. Apa kata korang gunakan telur rebus ini. Menurut seorang wanita yang mengajarkan cara ini dia menggunakan telur rebus untuk hilangkan demam anaknya tengah malam.

Telur dibiarkan masak penuh…

Telur tersebut dibiarkan masak penuh, kupas, balut dengan kain dan gelek atau gosok-gosok dekat badan anak yang demam tu. Dekat bahagian dada, dekat kepala, dekat kaki dan dekat seluruh tubuh. Gelek telur yang suam tu sampai sejuk.

Mula-mula tu panaskan? Sebab telur baru siap direbus. Takpe balut dengan kain dulu. Bila dah suam-suam tu boleh buang kain dan gelek macam tu je. Sambil gelek tu baca selawat nabi, surah-surah pendek 3 kul, Al-fatihah atau mana-mana surah yang biasa anda amal.

Jangan makan pula telur tu…

Lepas siap buat yang macam dekat atas tu, jangan makan pula telur tu ye. Anda boleh tengok telur kuning yang dekat bahagian dalam tu akan berubah bentuk. Tak tahu apa yang menyebabkan telur tu berubah, tapi ia kenyataan. Nak makan telur yang lepas digelek ini tak tahu boleh ke tidak. Tapi seeloknya jangan di makan ye.

Teknik ini boleh buat 2 kali sehari. Nak gelek dekat bahagian badan anak yang panas sahaja pun boleh. Contohnya kepala dia panas, gelek dekat kepala je telur tu. InshaAllah dengan izin Allah boleh kurangkan panas.

Untuk pengetahuan anda semua, cara ini adalah amalan tabib cina, apa salahnya kita cuba selagi tidak langgar hukum agama kita. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan semoga bermanfaat!

Kredit: Nazifah

Baca juga: Ini 7 Petua Yang Anda Boleh Amalkan Dengan Daun Durian Belanda Untuk Badan Sihat & Bebas Penyakit.

tags: