Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Mudah Rupanya Nak Hasilkan, Hanya Gunakan 5 Bahan Sahaja. Ini Resepi Milo Pudding Yang Digemari Semua Lapisan Umur

Mudah Rupanya Nak Hasilkan, Hanya Gunakan 5 Bahan Sahaja. Ini Resepi Milo Pudding Yang Digemari Semua Lapisan Umur

Kategori: ,

Tak semua orang tahu bahawa Milo dapat hasilkan bermacam hidangan yang enak untuk dimakan. Contohnya, ais krim milo juga menjadi salah satu makanan desert yang enak.

Ini adalah resepi milo pudding yang sangat mudah hanya menggunakan lima bahan sahaja yang mungkin sudah ada di rumah anda.

Mudah Rupanya Nak Hasilkan, Hanya Gunakan 5 Bahan Sahaja. Ini Resepi Milo Pudding Yang Digemari Semua Lapisan Umur

Resepi Milo Pudding ini dikongsikan oleh Shen Nursani di laman media sosial Facebook Page Galeri Resepi. Milo Pudding ini sedap dimakan selepas di bawa keluar dari peti sejuk!

Milo Pudding

Bahan-Bahan:

  • 20 gram serbuk agar-agar
  • 1.5 litre air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan Milo

Cara Penyediaannya:

  1. Masak agar-agar dan air hingga larut.
  2. Masukkan gula kacau hingga larut.
  3. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  4. Bahagikan 2 bahagian, 1 bahagian campur milo, 1 lagi biarkan kosong.
  5. Untuk melapis. Sapu acuan dgn sedikit minyak.
  6. Tuang lapisan milo dan sejukkan sekejap.
  7. Dah mengeras tuang pula lapisan putih.
  8. Ulang sampai habis dan sejukkan.

Milo Pudding Milo Pudding

Mudah bukan resepi milo pudding ini? Confirm anak-anak mahupun orang dewasa sendiri sukakan dessert seperti ini. Tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Kredit: Shen Nursani

Baca Juga: Resepi Brownies Milo Guna ‘3 Bahan’ Mudah, Tak Guna Tepung Pun Menjadi

tags: | |