Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Guru India Masakkan Thosai Untuk Jamuan Hari Raya Pelajarnya, Kebaikannya Jadi Bualan Ramai

Guru India Masakkan Thosai Untuk Jamuan Hari Raya Pelajarnya, Kebaikannya Jadi Bualan Ramai

Kategori: ,
thosai

Jamuan Hari Raya sekolah bersama berbilang kaum dan bangsa adalah satu acara yang memperlihatkan kepelbagaian budaya dan perpaduan dalam konteks pendidikan.

Melalui jamuan Hari Raya sekolah bersama berbilang kaum dan bangsa, nilai-nilai seperti saling hormat-menghormati, dan perpaduan diterapkan dalam kalangan pelajar dan guru.

Ia juga merupakan peluang di mana pelajar dan guru berpeluang untuk merasai dan menghargai keunikan setiap budaya melalui makanan yang disediakan.

Tindakan baik guru India mendapat perhatian netizen setelah salah seorang guru berkongsi detik-detik istimewa bersama semasa jamuan Hari Raya sekolahnya.

Guru India Masakkan Thosai Untuk Jamuan Hari Raya Pelajarnya

Menerusi video yang tular di laman sosial Tiktok milik Saiful Adli, beliau telah merakam detik istimewa dimana seorang guru berbangsa India sedang menyediakan thosai untuk pelajar kelas semasa jamuan Hari Raya sekolah.

Guru India yang dikenali sebagai Cikgu Inthira ini secara tidak langsung telah memperkenalkan kepada pelajarnya makanan tradisional dari budaya India.

Tindakan guru India tersebut menunjukkan penghargaan dan penghormatan terhadap kepelbagaian budaya di kalangan pelajar.

Hal ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk merasa diberi perhatian dan dihargai oleh guru mereka.

Melalui tindakan ini, guru menunjukkan kepada pelajar bahawa beliau ingin berkongsi kebahagiaan perayaan Hari Raya bersama-sama.

@saiful_adli80♬ original sound – Saiful Adli

Menurut komen netizen, ramai yang berbangga dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh guru India tersebut walaupun berlainan bangsa.

“Bagusnya teacher depa siap buat tosai lagi dalam kelasss terbaikkk… mesti sedap nii”

“Terbaik lah ! Buat fresh… makan terus. Usaha cikgu akan diingati sampai bila bila.”

Cikgu Inthira memang baik dan tidak pernah membezakan pelajar-pelajarnya -Netizen

Tindakan guru India tersebut adalah contoh yang menyentuh hati tentang bagaimana seorang individu dapat membuat perbezaan yang positif dalam komuniti. Ia bukan sahaja membawa kegembiraan kepada pelajar, tetapi juga memperkukuhkan perpaduan dan toleransi dalam masyarakat sekolah. Ini juga membina asas yang kukuh untuk memahami dan menghargai kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia.

Sumber: Saiful Adli 

Baca juga: Apam Balik Harga 50 Sen, Peniaga Ini Masih Jual Harga Murah Walau Sudah 26 Tahun Berniaga

tags: | |