“Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi orang lain”. Itulah salah satu kata pepatah yang selalu disuarakan ketika Hari Guru. Lantaran itu, pengorbanan dan jasa mereka harus dikenang dan diraikan.
Seperti setiap tahun, Sambutan Hari Guru akan disambut pada bulan Mei di negara Malaysia. Kehangatan suasana Sambutan Hari Guru yang disambut 16 Mei lalu masih tidak pudar untuk diraikan.
Ini terlihat menerusi hantaran-hantaran di media sosial tentang kemeriahan yang dikongsi mengenai ucapan dan pemberian hadiah oleh murid dan pelajar.
Terbaharu, seorang pendidik berkongsi rasa terharu kerana mendapat hadiah istimewa oleh muridnya di laman TikTok. Menerusi video itu, @cikgunik_dg kelihatan membuka hadiah berkenaan dengan perasaan yang sebak tidak terkata.
Hadiah itu berupa seperti satu bungkusan kecil yang mengandungi sejuta keihlasan yang disemat ketika membuat hadiah berkenaan. Di atasnya, tertulis ucapan “untuk Cikgu Nik, buka hati-hati ya, hari guru”, yang ditulis murid berkenaan menggunakan kertas buku tulis.
Berkongsi peristiwa yang tersentuh, @cikgunik_dg berkata, semasa murid berkenaan ingin memberi hadiah itu kepadanya, dia menghulurnya dengan teragak-agak dan wajahnya agak malu.
Hadiah berkenaan dibungkus dengan dawai kokot (stapler) dan cikgu berkenaan fikir mungkin ada hadiah di dalam bungkusan berwarna yang diwarna dengan pensel warna itu. Rupa-rupanya itulah hadiahnya. Dia buat sendiri hadiah itu semata-mata menghargai gurunya.
Setelah diperlihat kembali, rupa-rupanya ia adalah satu bungkusan yang ditulis KitKat di hadapannya dan isinya dipenuhi dengan kapas. Orang memanggilnya sebagai ‘squishy’.
@cikgunik_dg 🥹 Terima kasih cikgu ucapkan kepada semua yang ingat cikgu. 🥹 #cikgunikdg #fyp #cikgootube #cikgutiktok #terimakasih #hariguru
@cikgunik_dg 🥹 Terima kasih cikgu ucapkan kepada semua yang ingat cikgu. 🥹 #cikgunikdg #fyp #cikgootube #cikgutiktok #terimakasih #hariguru ♬ Kiss the Rain – Richard Abel
Melihat kepada ruangan komen, netizen juga berkongsi rasa sebak dan mengatakan bahawa hadiah seperti ini adalah hadiah yang paling bermakna buat guru kerana keikhlasan yang tinggi daripada murid dalam menghargai gurunya tiada tandingan.
Ada rasa hiba yang menerkam netizen dengan mengingati bahawa ada di kalangan mereka yang pernah menjadi orang susah dan sangat memahami keadaan murid itu. Menurut rata-rata netizen, hadiah sebegini lebih tinggi nilainya daripada wang ringgit.
Mengambil salah satu komen netizen, @paktam86@8858 berkata, “aku yang keluar air mata…adik, semoga kamu diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan lagi rezeki..Amin..Buat cikgu, thank you ada anak murid begini,”.
Melalui perkongsian ini, jelaslah bahawa keikhlasan yang dipamerkan oleh seorang murid yang pandai dan baik hati seperti dalam video ini merupakan satu kemenangan yang besar buat seorang insan yang bergelar guru.
Sumber: cikgunik_dg
Baca juga: Cikgu Rasa Macam Nak Nangis, Terharu Terima Hadiah Istimewa Dari Salah Seorang Murid Pada Hari Guru