Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hampir Kantoi,” Lelaki ‘Cuak’ Cepat-Cepat Sorok Makanan Bila CEO Tiba-Tiba Lalu

“Hampir Kantoi,” Lelaki ‘Cuak’ Cepat-Cepat Sorok Makanan Bila CEO Tiba-Tiba Lalu

Kategori:
lelaki curi-curi makan

Di setiap tempat kerja, pasti akan ada sahaja peristiwa yang tak dapat dilupakan. Tambahan lagi jika dikelilingi officemates yang jenis sekepala dan masuk air, tak kering gusi dibuatnya.

Seperti perkongsian sebuah video oleh Ifzan Derviest di akaun TikTok miliknya, kelihatan gelagat seorang pemuda yang cuak apabila cubaan ‘curi-curi’ makan selepas habis waktu rehat hampir kantoi dengan CEO.

“Tiba-tiba CEO lalu….”

Rata-rata warganet terhibur melihat pemuda itu yang cuba menyorok makanan di bawah meja dengan wajah panik yang tidak dapat disorok lagi.

Reaksi paniknya itu menjadi tular sehingga meraih hampir 2.1 juta tontonan dan telah dibanjiri dengan ribuan komen oleh warganet yang geli hati melihat gelagat lucu lelaki itu.

“Skill terpendam dari sekolah..”

“Sekali CEO dia tertengok TikTok ni..”

Sumber: TikTok Ifzan Derviest

tags: |