Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hanya 5 Bungkus Sup Laku, Peniaga Akui Sukar Dapat Pulangan Modal Apatah Lagi Untung

Hanya 5 Bungkus Sup Laku, Peniaga Akui Sukar Dapat Pulangan Modal Apatah Lagi Untung

Kategori:
hanya 5 bungkus sup laku

Peniaga gerai makanan di bandar raya Melaka mengakui sambutan dingin sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 setakat ini, walaupun orang ramai boleh menempah makanan untuk dibungkus dan dibawa pulang.

Peniaga makanan di Jalan Dang Merdu, Kampung Kandang, Yahya Ibrahim, 63, berkata, kebanyakan penduduk tidak keluar dari kediaman mereka kerana bimbang jangkitan Covid-19 dan varian baharu wabak itu yang sukar dikesan.

Sukar dapat pulangan modal

Katanya, untuk mendapat modal jualan amat sukar ketika ini, namun dia tetap bersyukur kerana setiap kejadian ada rahmat tersembunyi sebagai pengajaran untuk sentiasa menjaga kesihatan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Berikutan peningkatan kes melebihi 6,000 dalam dua hari ini, jualan sup dan mi goreng di gerai saya tidak mendapat sambutan walaupun promosi online tetap dilakukan.

“Berbanding sebelum ini, walaupun SOP ketat orang ramai tetap mengunjungi gerai kerana mahu menikmati hidangan panas berbanding ketika ini hanya dibungkus sahaja.

Sambutan dingin sebab tidak boleh makan di gerai

“Sambutan dingin kerana pelanggan tidak boleh menikmati hidangan di gerai dan warung dengan suasana santai berbanding makan di rumah,” katanya yang hanya menjual lima bungkus sup sahaja, semalam.

Yahya berkata, dia menyokong PKP 3.0 yang dilaksanakan bagi melandaikan dan memutuskan pandemik Covid-19, namun usaha pemantauan dan pencegahan ketat harus terus dilaksanakan bagi mengelak jangkitan dalam komuniti.

Sementara itu, peniaga dikenali Alin Ahmad, 39, berkata, gerai makanannya di Lendu tiada sambutan dan jumlah pelanggan amat berkurangan.

“Apapun, saya bersyukur peniaga masih dibenarkan beroperasi pada PKP 3.0 ini, berbanding kedai ditutup terus dan hilang sumber pendapatan.

“Diharapkan apa sahaja diumumkan kerajaan selepas ini turut mengambil kira sektor ekonomi peniaga kecil untuk beroperasi dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

tags: |