Dalam kehangatan isu kenaikan harga bahan mentah seperti harga ayam, pembeli harus berjaga-jaga dengan kenaikan harga bahan mentah lain.
Hal ini kerana, bahan mentah lain juga dikhuatiri akan meningkat dengan mendadak akibat bekalan makanan berkurang. Faktor seperti perubahan iklim adalah salah satu faktor besar yang menyumbang.
Seperti dilaporkan Berita Harian, pendaratan ikan yang semakin berkurang menyebabkan berlaku peningkatan harga yang meningkat di pasaran.
Pendaratan ikan terutama di utara semenanjung berkurangan sehingga 70% iaitu daripada lebih sejuta tan kira-kira 300,000 tan sebulan, berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak dua bulan.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamis Bahari berkata, kekurangan bekalan itu menyebabkan harga ikan di pasaran turut meningkat.
“Berbanding tempoh sama tahun lalu, kekurangan bekalan ikan berlaku lebih tinggi dan tangkapan nelayan pantai sangat berkurangan termasuklah tangkapan nelayan bot C,”katanya.
Cuaca yang tidak menentu mengakibatkan kejadian air pasang tidak diduga lalu menyebabkan nelayan pantai hanya mendapat sebanyak 5 hingga 10 kilogram (kg) ikan sahaja berbanding 300kg pada hari biasa.
Jadi, pengurangan ini mengakibatkan modal tidak berbalik misalnya untuk kos petrol dan ini menyebabkan kerugian. Kenyataan ini dinyatakan ketika wartawan menemuinya di Majlis Rumah terbuka LKIM Kedah semalam.
Pada musim sekarang, ramai nelayan mengeluh susulan pendapatan mereka merosot disebabkan hasil yang berkurangan.
Jadi, harga yang biasanya dijual RM3 hinggan RM4 sebelum ini untuk ikan kembung bersaiz kecil misalnya, terpaksa dan harus dijual dengan harga RM12 hingga RM14 sekilogram.
Selain itu, kekurangan awak-awak asing akibat pandemik Covid-19 turut menyebabkan tangkapan ikan bot besar berkurangan dan dia sarankan pengguna membeli ikan sejuk beku atau Q Fish di pasaran dan kita yakin bekalan ikan akan semakin pulih tidak lama lagi.
Harga sekarang naik disebabkan bekalan kurang tetapi permintaan tinggi. Dengan itu, apabila bekalan ikan pulih, harga akan kembali normal seperti biasa.
Apa yang boleh dirumuskan, dalam kehangatan isu yang semakin membimbangkan berkenaan sekuriti makanan ini, diharapkan orang ramai tidak mengambil kesempatan ke atas isu peningkatan harga.
Dalam pada itu, semoga ada tindakan dan perancangan susulan yang memberangsangkan daripada pihak yang bertanggungjawab dalam isu ini.
Sumber: Berita Harian
Baca juga: Membimbangkan! Satu Fakta Krisis Kelaparan Yang Masyarakat Dunia Perlu Tahu