Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Beli Sekilo Bankrap..” Harga Kacang Hijau Di Sebuah Pasaraya Ini Raih Perhatian Warganet

“Beli Sekilo Bankrap..” Harga Kacang Hijau Di Sebuah Pasaraya Ini Raih Perhatian Warganet

Kategori:
harga kacang hijau

Setiap kali membeli makanan atau keperluan asas di kedai atau pasaraya. Pastinya kita akan sentiasa perhatikan tanda harga yang diletakkan. Kalau tiada tanda harga sekalipun, pasti kita akan bertanya kepada tuan kedai. Bukan sebab berkira, tapi mengenangkan harga barangan sekarang terlampau mahal membuatkan kita tertanya-tanya.

Lebih-lebih lagi ketika membeli barangan dapur atau keperluan dapur secara timbang seperti kacang hijau. Berkenaan dengan kacang hijau ini, terbaharu viral sebuah video di mana harga kacang hijau yang tertera pada senarai harga telah menarik perhatian orang ramai.

Terhibur melihat harga kacang hijau RM8.99 1 biji

Dek kerana harga kacang hijau tersebut dijual dengan harga mengikut biji membuatkan lelaki dalam video berkenaan berkira-kira semasa membeli kacang tersebut. Menerusi video yang dikongsikan oleh Meowwww menerusi aplikasi TikTok. Kelihatan lelaki tersebut sedang mengira kacang hijau yang diambil sambil menganggarkan harganya.

Ekoran kesilapan maklumat pada tanda harga itu ia telah membuatkan warganet tak henti ketawa lebih-lebih lagi apabila melihat reaksi lelaki dalam video berkenaan. Pemilik video juga sempat berseloroh mengatakan mereka mungkin akan jatuh bankrap sekiranya membeli kacang tersebut terlalu banyak.

https://www.tiktok.com/@nurrapplepie/video/7048612969483226394?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274

@nurrapplepie #ad Nk beli sklilo bankrap dik😂 #fypdongggggggg ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warga TikTok. Namun rata-rata daripada mereka terhibur dan sempat meninggalkan komen yang melucukan.

Dalam masa yang sama ada juga warga TikTok yang berseloroh dengan mengatakan mungkin kacang tersebut mempunyai keistimewaannya tersendiri sehingga terpaksa dijual begitu mahal.

Tidak kurang juga ada yang teringat akan pesanan orang tua untuk meletakkan kacang hijau di depan pintu. Nanti toyol akan mengira kacang tersebut. Malah apa yang lebih menghiburkan lagi adalah apabila ada yang berseloroh kacang tersebut adalah dari kartun dragon ball di mana makan sebiji kenyang sebulan.

Kalau betul-betul berlaku, ada kacang hijau dijual RM8.99 untuk satu biji memang tak masuk akal. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh pihak yang terlibat tersilap menulisnya kepada 1 biji. Maksud sebenarnya adalah 1 kilo. Ia adalah perkara yang biasa namun cukup membuatkan ramai dalam kalangan kita berasa terhibur.

Kredit: TikTok Meowwww

Baca juga: “Gapo Ni Ameera? Kotor..” Gelagat Lucu Ameraa Khan Prank Ibunya Buat Ramai Terhibur

tags: |