Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Makan Pagi Yang Sangat Mahal..”, Harga Makan Pagi Yang Dikira Oleh Makcik Ini Mencecah Ratusan Ringgit Buat Orang Ramai Terkejut Namun..

“Makan Pagi Yang Sangat Mahal..”, Harga Makan Pagi Yang Dikira Oleh Makcik Ini Mencecah Ratusan Ringgit Buat Orang Ramai Terkejut Namun..

Kategori:
makcik kira harga makanan

Makan pagi merupakan satu keutamaan atau kebiasaan bagi orang pantai timur. Sarapan pagi mereka kebiasaanya agak berat yang mana terdiri daripada nasi berlauk, nasi dagang atau nasi kerabu. Mungkin kerana pada waktu dahulu, orang pantai timur ini akan bekerja berat seperti turun ke laut atau bertani. Maka mereka perlu makan berat pada waktu pagi.

Berkenaan dengan sarapan pagi atau makan pagi ini, terbaharu viral di aplikasi TikTok berkenaan dengan sebuah video yang dimuatnaik oleh Hadi Ibnu Halim. Video berkenaan memaparkan seorang makcik yang cekap mengira harga makanan yang dimakan.

Harga yang dikenakan mencecah ratusan ringgit

Pengiraan makcik tersebut dengan tidak menggunakan apa-apa kalkulator membuat ramai orang teruja. Lebih-lebih lagi gurauan atau gelagatnya yang sangat kelakar bila mana menyebut makanan yang dimakan oleh pelanggan.

Tambahan pula, hasil congok tambah yang dibuat oleh makcik ini mencecah ratusan ringgit membuatkan warganet lebih terpegun dengan kebijaksanaan makcik ini. Pelanggan berkenaan yang menikmati 2 hidangan nasi berlauk ayam kampung, roti keramat, teh dan teh-o dikenakan cas RM230.

harga mahal

Mendengar harga yang disebutkan oleh makcik ini mengejutkan bukan? Makanan yang dimakan tidak lah terlalu banyak namun harga yang dikenakan sangatlah mahal. Namun itu hanyalah gurauan semata-mata. Harga sebenar yang dikenakan hanyalah RM23 sahaja.

Pengiraan harga di kedai makan bibi yang berhadapan dengan Hock Kee Seng Tanjung Kuala Terengganu itu memang sedemikian rupa.

@hadi_ibnu_halim

#fyp Siapa pernah Gi kedai ning Pasti teruja dengan Cara kira kak Bibi 😀😀#terengganukite #fypシ

♬ original sound – Hadi ibnu Halim – Abdul Al Muqri Shop

@hadi_ibnu_halim##fyp Siapa pernah Gi kedai ning Pasti teruja dengan Cara kira kak Bibi 😀😀##terengganukite ##fypシ♬ original sound – Hadi ibnu Halim

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dan terkejut mendengar makcik ini mengira. Bahkan loghat Terengganu yang digunakan juga sangatlah menarik. Ramai yang bertanya di manakah terletaknya kedai ini kerana terpengaruh untuk makan di situ.

Ingatkan betul RM230..

Kagum dengan kehebatan congak dia..

Nak g serbu..

Bukan itu sahaja, ada juga yang sempat bercerita mengenai pengalaman masing-masing sewaktu makan di sana. Tidak kurang juga ada yang merindui untuk menikmati makanan di situ.

Makan sokmo kedai cik bibi..

Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat mendoakan makcik ini agar sentiasa dimurahkan rezeki. Mungkin itulah cara makcik ini menarik orang ramai untuk makan di situ. Bukan hanya rasa makanan yang dihidangkan sedap, namun layanan yang diberikan juga perlulah memuaskan. Barulah ramai yang nak singgah dan makan kan.

Kredit: TikTok Hadi Ibnu Halim

Baca juga: Beli Nasi Goreng Sardin & Nasi Goreng Kampung Penuh Polistren, Ramai Mendoakan Mak Cik Yang Jual Dimurahkan Rezeki

tags: