Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nak Meniaga Ke Tak Ni?”, Pelanggan Tak Tergamak Nak Telan Tengok Harga Makanan Mi Goreng & Nasi Lemak, Sedih Peniaga Berniaga Begini..

“Nak Meniaga Ke Tak Ni?”, Pelanggan Tak Tergamak Nak Telan Tengok Harga Makanan Mi Goreng & Nasi Lemak, Sedih Peniaga Berniaga Begini..

Kategori:
harga makanan mi goreng

Dalam kenaikan harga bahan mentah yang semakin melambung dari hari ke hari, peniaga makanan misalnya terpaksa menaikkan harga jualan untuk menampung modal bagi kelangsungan perniagaan.

“Nak Meniaga Ke Tak Ni?”, Pelanggan Tak Tergamak Nak Telan Tengok Harga Makanan Mi Goreng & Nasi Lemak, Sedih Peniaga Berniaga Begini..

harga makanan mi goreng

Tetapi ini berbeza dengan seorang peniaga makanan bernama Cik Ton yang menjual nasi lemak dan mi goreng dengan hanya mengenakan harga RM1 ke atas makanan tersebut. Seorang pelanggan yang terkejut dengan harga jualan tersebut membandingkan ia dengan kualiti makanan yang cukup mengejutkan. Dia hampir tidak percaya masih ada peniaga menjual dengan harga dan kualiti sebegitu rupa.

“Nak meniaga ke tak ni? Mi goreng RM1. Nasi lemak RM1. Tak tergamak nak telan. Peniaga-peniaga tolong la ambil untung sedikit. Jual macam ni rasa serba salah pula nak beli. Tolong doakan Cik Ton dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

“Selalu tengok dia menjual tapi serius tak tahu harga dia macam ni. Biasa beli cendol je dekat anak dia,” katanya yang terkejut dengan harga makanan mi goreng dan nasi lemak yang dijual oleh Cik Ton dengan RM1.

Tambahnya lagi, harga RM1 yang dijual oleh peniaga dirasakan tidak patut apabila campuran lauk yang dimasak bersama memang tidak masuk akal.

“Ini RM1. Selak-selak mi jumpa udang. Selak-selak jumpa udang. Terus kumpul udang dulu. Tengok-tengok tu dia… Niaga apa ni. Nak untuk ke tak sebab udang banyak. Mi ni pun dah makan separuh,” tulisnya lagi dalam hantaran terkejur tengok harga makanan mi goreng  dan nasi lemak RM1 berkenaaan.

harga makanan mi goreng

“Nasi lemak ini RM1 juga. Nasi lemak + ikan billis + telur + kacang. Tak sampai hati nak beli dengan harga tu. Tapi dia kan menjual. Hah macam mana tu?” luahnya lagi dalam hantaran sama.harga makanan mi gorengharga makanan mi goreng

Tak Masuk Akal, Nasi Lemak & Mi Goreng Harga RM1, Lauk Pula Banyak…

harga makanan mi goreng

Melihat kepada ruangan komen netizen, ramai yang turut terkejut dan terpaku memikirkan bagaimana peniaga boleh meletakkan harga yang sedemikian rupa untuk menjual mi goreng dan nasi lemak berkenaan.

“Dia jual tu sambil jual sambil sedekah,” kata rata-rata netizen memberi komen dalam hantaran peniaga jual harga makanan mi goreng dan nasi lemak dengan hanya RM1.

“Jangan tak sampai hati, teruskan membeli tapi bayar lebih. Perut awak kenyang, pahala pun dapat. Perniagaan Cik Ton pun laris,” kata netizen dengan nama Yatie Bashir memberi galakan untuk orang sentiasa menyokong peniaga yang pemurah sebegini.

Jom Bantu Peniaga Sebegini, Bayar Lenih Untuk Dia Teruskan Kebaikan Sedekah

harga makanan mi goreng

Dalam erti kata lain, mungkin ada sebab mengapa peniaga berkenaan menjual makanan dengan harga murah sehingga sedemikian rupa. Niat yang baik untuk berkongsi rezeki dan Tuhan telah salurkan rezekinya dari arah yang lain.

Jom sama-sama bantu dan sokong peniaga yang baik bagaikan satu dalam sejuta ini! Setidaknya, kita juga boleh menyumbang untuk dia meneruskan kebaikannya dengan membayar lebih dan menyokong amal yang dilakukannya.

Sumber: Ummi Syuhada

Baca juga: “Kalau Jumpa Gelandangan, Korang Bantu Lah..”, Lelaki Ini Kongsi Kisah Sebak Brader Motor Beri Makanan, Ini Ceritanya..

tags: | |