Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Mahal Lagi Tu”, Harga Maksimum Minyak Masak RM34.70 Bermula 8 Ogos, Rakyat Mohon Turunkan Lagi

“Mahal Lagi Tu”, Harga Maksimum Minyak Masak RM34.70 Bermula 8 Ogos, Rakyat Mohon Turunkan Lagi

Kategori:
minyak masak RM34.70

Semalam, media melaporkan minyak masak sawit dalam botol lima kilogram (5kg) akan dijual pada harga RM34.70 bulan ini bermula dari 8 Ogos. Ia diumumkan oleh Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Harian Metro, Annuar berkata, harga itu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO). Perkara ini diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan harga RM4,063 bagi bulan Ogos.

“Berdasarkan penentuan harga ini mulai hari ni, penguatkuasaan harga di kedai-kedai hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari kemudian.

“Bermakna untuk 8 Ogos minyak masak dalam botol 5kg yang sekarang dijual dari RM39 hingga RM42 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70,” katanya pada sidang media semalam.

Bagaimanapun, Annuar berkata harga berkenaan hanya berkuat kuasa untuk Semenanjung Malaysia.

“Mahal Lagi Tu”, Harga Maksimum Minyak Masak RM34.70 Bermula 8 Ogos, Rakyat Mohon Turunkan Lagi

minyak masak RM34.70

Dalam pada pengumuman itu, meninjau komen orang ramai dan netizen, sebilangan masih menyatakan harga yang diturunkan masih mahal.

Misalnya mengambil komen Nordin Ishak, dia menceritakan situasi bagaimana dia ke pasar raya dan melihat sendiri situasi harga minyak masak ini.

“Masih mahal. Kalau kita pergi ke pasaraya sekarang ni, minyak masak botol 5kg tidak berapa laku kerana penngguna masih berhati untuk beli. Mereka hanya membeli minyak botol yang 1 kg tu. Itu sebabnya pihak pengilang turunkan harga RM42 kepada harga RM35 kerana tidak laku.

Diharap pihak pembeli atau pengguna dapat kekalkan situasi begini. Tak mustahil harga minyak botol akan turun lagi,” jelasnya.

Dalam kekhuatiran itu, Annuar ada menjelaskan kaedah sama akan dikekalkan pada bulan-bulan akan datang, dengan harga maksimum berkenaan akan berubah setiap bulan berdasarkan harga semasa CPO yang diumumkan oleh MPOB setiap awal bulan.

 Harga Maksimum Akan Berubah Setiap Bulan

minyak masak RM34.70

Dalam perkembangan sama, bagi pihak peruncit pula, mereka merasa bimbang kerana akkan mengalami kerugian besar disebabkan harga siling baharu minyak masak botol 5kg ini.

Misalnya, menurut portal Free Malaysia Today, bos Mydin, Ameer Ali Mydin berkata bagi pihak pasar raya besar.

Contohnya mereka tidak akan dapat menjual stok sedia ada sebelum harga siling dikuatkuasakan 8 Ogos ini.

“Mydin beli stok minyak masak pada harga RM 38 sebotol dan kami jual harga RM39.90. Stok minyak masak kami sekarang bernilai RM3 juta.

“Jika kami terpaksa jual setiap botol pada harga RM4 kurang daripada harga kami beli, maka kami akan rugi besar.

“Siapa yang akan tanggung kerugian itu?” katanya sambil menambah walaupun stok berbaki 80,000 botol sebelum 8 Ogos, ia bermakna kerugian mencecah RM320,000.

Selain itu, seorang lagi peruncit berkata, “saya sebagai peniaga kedai runcit berbesar hati dengan kadar tetapan harga maksimum minyak masak botol 5kg ini.

“Saya beli dengan pemborong dengan harga RM37.50 kemudian nak suruh jual dengan harga RM34.70 secara tiba-tiba”, luahnya berkenaan penurunan minyak masak RM34.70 ini.

Peruncit Akan Rugi Sebab Ada Stok Yang Masih Tidak Terjual (Harga Lama)

Semoga isu harga minyak masak RM34.70 ini mendapat perhatian pihak berwajib dan diterangkan dengan nyata serta solusi dari segi peruncit dan pembeli.

Sumber: Media

Baca juga: Anak Nak Makan Makanan Luar Je, Ibu Ini Gigih Masak Dan Bungkus Macam Kedai Demi Anak

tags: | |